Dalam politik, kemenangan diperoleh melalui harapan tetapi kepercayaan hanya dikekalkan melalui prestasi. Itulah hukum yang tidak pernah berubah dalam mana-mana sistem demokrasi. Setiap parti yang berjaya menawan hati pengundi melalui manifesto akhirnya akan berdepan ujian yang sama apabila diberikan kuasa. DAP tidak terkecuali.
Ketika berada di blok pembangkang, parti itu membina kekuatan politik dengan naratif reformasi, tadbir urus yang lebih telus, akauntabiliti dan perubahan institusi. Naratif tersebut bukan sekadar membezakan DAP daripada lawan politiknya, malah membentuk jangkaan bahawa pentadbiran yang lebih baik akan lahir apabila peluang mentadbir diberikan.
Namun, sebaik sahaja menjadi sebahagian daripada kerajaan, ukuran rakyat berubah secara mendadak. Penilaian tidak lagi tertumpu kepada apa yang dijanjikan, tetapi kepada apa yang benar-benar telah dicapai. Di sinilah bermulanya cabaran terbesar dalam politik moden, apabila harapan yang tinggi bertukar menjadi standard penilaian yang jauh lebih tinggi.
Perubahan ini bukanlah sesuatu yang unik kepada DAP tetapi merupakan fenomena yang lazim berlaku kepada mana-mana parti yang beralih daripada pembangkang kepada kerajaan. Ketika menjadi pembangkang, parti politik mempunyai ruang yang luas untuk menawarkan penyelesaian, mengkritik kelemahan pentadbiran dan mengemukakan visi masa depan.
Sebaliknya, apabila berada dalam kerajaan, setiap dasar perlu melalui proses perundangan, kekangan fiskal, kompromi antara parti dalam gabungan dan pelbagai realiti pentadbiran yang tidak semestinya kelihatan kepada rakyat. Apa yang berubah bukan hanya kedudukan parti tetapi juga cara rakyat menilai parti tersebut. Pengundi yang dahulu memberikan markah berdasarkan idea kini menilai berdasarkan hasil. Harapan yang suatu ketika dahulu menjadi aset politik akhirnya bertukar menjadi beban sekiranya pencapaian tidak berkembang seiring dengan jangkaan.
Atas sebab itu, sesebuah kerajaan bukan sahaja perlu melaksanakan dasar, malah perlu meyakinkan rakyat bahawa dasar tersebut benar-benar memberi manfaat. Jika rakyat masih bergelut dengan kos sara hidup, harga barang atau tekanan ekonomi, mereka lazimnya menilai keadaan berdasarkan pengalaman peribadi, bukan berdasarkan statistik makroekonomi.
Walaupun faktor seperti inflasi global, konflik geopolitik atau gangguan rantaian bekalan berada di luar kawalan mana-mana parti, persepsi rakyat sering menyandarkan tanggungjawab kepada kerajaan semasa. Dalam politik, pengalaman harian rakyat mempunyai pengaruh yang jauh lebih besar daripada angka-angka di atas kertas.
Di sinilah muncul persoalan yang semakin kerap dibincangkan di kalangan rakyat tentang sejauh manakah beberapa komitmen yang dikaitkan dengan manifesto telah diterjemahkan kepada hasil yang boleh dirasai?
Pengkritik berhujah bahawa sebahagian janji masih belum memenuhi jangkaan, manakala penyokong kerajaan menegaskan bahawa pelaksanaan reformasi memerlukan masa serta perlu mengambil kira struktur pentadbiran dan kekangan kewangan negara. Kedua-dua pandangan ini mempunyai asas tersendiri. Namun, dalam politik, persepsi jarang terbentuk hanya melalui fakta. Ia terbentuk melalui gabungan pengalaman, komunikasi dan keyakinan. Apabila penjelasan kerajaan gagal mengimbangi harapan yang telah dibina sebelum ini, ruang tersebut mudah dipenuhi oleh naratif bahawa perubahan berlaku lebih perlahan daripada yang dijangkakan.
Media sosial pula telah mengubah sepenuhnya kitaran pembentukan persepsi politik. Jika suatu ketika dahulu kerajaan mempunyai ruang yang lebih luas untuk menjelaskan sesuatu dasar sebelum dinilai oleh masyarakat, hari ini setiap kenyataan lama boleh muncul semula dalam bentuk video pendek, poster atau petikan yang dikongsi berjuta-juta kali.
Pengguna bukan sahaja membandingkan janji dengan prestasi, malah membandingkan kenyataan semasa dengan pendirian terdahulu. Dalam suasana sebegini, konsistensi menjadi modal politik yang amat penting. Jurang kecil antara kenyataan dan tindakan boleh diperbesarkan menjadi naratif yang lebih besar apabila ia berulang dalam ruang digital. Tidak semua kandungan yang tular mencerminkan pandangan majoriti, namun pengulangan sesuatu naratif mampu mempengaruhi persepsi jika kerajaan gagal menjawabnya dengan berkesan.
Kini yang menarik ialah DAP kini sedang dinilai menggunakan piawaian yang pernah diperjuangkannya sendiri. Ketika menjadi pembangkang, parti itu menuntut agar kerajaan dipertanggungjawabkan terhadap setiap manifesto, setiap dasar dan setiap janji kepada rakyat. Prinsip akauntabiliti itu menjadi asas kepada legitimasi politik yang dibawanya. Justeru, apabila DAP menjadi sebahagian daripada kerajaan, rakyat secara semula jadi menggunakan piawaian yang sama untuk menilai prestasinya. Fenomena ini bukan hukuman politik terhadap mana-mana parti tetapi sebahagian daripada proses semak dan imbang dalam demokrasi. Semakin tinggi harapan yang dibina, semakin tinggi juga jangkaan terhadap hasil yang perlu dibuktikan.
Sebuah kerajaan tidak semestinya kehilangan sokongan kerana satu kesilapan. Sokongan mula terhakis apabila rakyat melihat jurang yang berulang antara apa yang dijanjikan dengan apa yang akhirnya mereka rasai. Itulah sebabnya kredibiliti menjadi aset politik yang paling sukar dibina dan paling mudah dipersoalkan.
Poster yang tular bertajuk "Netizen Mula Mempersoal Janji DAP"mencerminkan satu bentuk kritikan dan persepsi yang sedang berlegar di kalangan rakyat. Sama ada persepsi tersebut akan mengukuh atau berubah bergantung kepada keupayaan kerajaan menunjukkan hasil yang nyata serta menjelaskan dasar secara meyakinkan.
Lagi pun, wakil DAP di dalam Kerajaan Perpaduan terbukti gagal melaksanakan tanggungjawab dan tidak seperti yang mereka laungkan ketika menjadi pembangkang dahulu. Anthony Loke tidak menghapuskan AES, kamera perangkap laju malah menambahkan jumlah bilangan dan harga aset tersebut dikatakan lebih mahal dari zaman sebelumnya.
Itu baru satu contoh, terlalu banyak jika ingin disenaraikan kegagalan wakil DAP di dalam Kerajaan Perpaduan. Dalam ‘Google’ bersepah kegagalan mereka kata netizen.

Tengok poster tu...