Peratus Keluar Mengundi Waktu Pagi Beri Isyarat Strategi Anwar Gagal

Melaka Digest
By -
0



JOHOR BAHRU, 11 Julai – Statistik rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) setakat jam 11.00 pagi menunjukkan 26.43 peratus daripada keseluruhan 2,682,642 pengundi berdaftar telah menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-16.


Angka itu bersamaan 709,092 pengundi, sekali gus mengatasi kadar keluar mengundi pada waktu yang sama ketika PRN Johor 2022 yang merekodkan 21.33 peratus.

Namun, di sebalik peningkatan keseluruhan itu, tumpuan pemerhati politik kini beralih kepada corak penyertaan mengikut kawasan yang dilihat mula memberikan petunjuk awal mengenai momentum setiap gabungan politik.

Kawasan Keluar Mengundi Tertinggi Didominasi DUN Luar Bandar

Berdasarkan data SPR, tiga kawasan yang mencatat kadar keluar mengundi tertinggi setakat jam 11.00 pagi ialah: 
 
N.39 Tanjung Surat – 34.4%
N.25 Rengit – 33.6%
N.20 Semarang – 33.2%

Ketiga-tiga kawasan ini mempunyai komposisi pengundi yang berbeza daripada kawasan bandar utama dan menunjukkan jentera parti di peringkat akar umbi berjaya menggerakkan pengundi lebih awal.

Kawasan Bandar Bergerak Lebih Perlahan

Sebaliknya, tiga DUN yang merekodkan kadar keluar mengundi paling rendah ialah: 
 
N.15 Maharani – 21.9%
N.12 Bentayan – 19.9%
N.23 Penggaram – 19.6%

Jurang hampir 15 mata peratusan antara kawasan tertinggi dan terendah menunjukkan momentum pengundian pada sebelah pagi tidak berlaku secara sekata di seluruh negeri.

Daripada sudut analisis politik, pola awal ini menunjukkan bahawa pengundi cina menghantar isyarat protes kepada Anwar dan PH pimpinan DAP.

Buktinya kawasan bandar yang menjadi medan persaingan utama terus mencatat kadar keluar mengundi yang lebih perlahan sehingga petang, ia boleh memberi kesan kepada parti yang bergantung kepada mobilisasi pengundi di kawasan tersebut.

Apa yang jelas, kadar keluar mengundi yang lebih tinggi di beberapa kawasan lain memberi gambaran bahawa jentera di peringkat akar umbi berjaya menggerakkan penyokong sejak awal pagi.

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)