Tangkap Layar Tular: Benarkah Wujud Rasuah Pengundi?

Melaka Digest
By -
0

Oleh: Gerakan Setia Johor


Menjelang sesuatu pilihan raya negeri Johor, tular beberapa tangkap layar perbualan WhatsApp yang didakwa melibatkan sekumpulan anggota polis di Johor, disertakan dengan poster yang membawa mesej "Polis Wajib Undi Pakatan Harapan".

Walaupun kesahihan kandungan tersebut belum dapat dipastikan, penularannya telah mencetuskan pelbagai persoalan berkaitan kebebasan mengundi, integriti institusi penguat kuasa dan etika penyebaran maklumat dalam musim pilihan raya.

Dalam perbualan yang tular itu, beberapa individu dilihat berbincang mengenai poster yang mendakwa terdapat arahan supaya anggota polis mengundi parti tertentu.

Antara mesej yang menjadi perhatian ialah:

"Betul ke ni?"

"Undi kita kottt?"

"Arahan camni kena ikut jugak ke?"

"Betul... kita ikut arahan tapi ni Johor kot."

Namun, identiti individu yang terlibat, konteks penuh perbualan, serta sama ada tangkap layar tersebut asli atau telah diubah suai tidak dapat dipastikan hanya berdasarkan imej yang tersebar.



Setakat ini, berdasarkan bahan yang dikemukakan, tiada bukti bebas yang mengesahkan bahawa benar-benar wujud arahan rasmi kepada anggota polis supaya mengundi mana-mana parti, tangkap layar tersebut adalah tulen, individu dalam perbualan itu merupakan anggota polis yang sebenar; atau poster yang dikongsi datang daripada sumber rasmi.


Namun pihak yang berkuasa wajar jalankan siasatan segera.

Rakyat Johor menolak amalan ‘rasuah pengundi’ seperti yang berlaku di Terengganu yang terkenal dengan “Nordin, wallahhi aku undi PAS”.
 

 

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)