Dalam politik gabungan, setiap parti berhak menyatakan hasrat. Namun ada garis yang cukup jelas antara menyuarakan kehendak dengan mendahului keputusan bersama.
Garis itulah yang kini menjadi perhatian menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka apabila Parti Wawasan Negara (WAWASAN), sebuah parti baharu dalam Perikatan Nasional (PN), dilihat terlalu awal bercakap mengenai jumlah kerusi dan strategi pertandingan sebelum proses rundingan rasmi diselesaikan.
Teguran Yang Dipertua PAS Kawasan Jasin, Kamaruddin Sedik, bukan teguran kecil. Mesejnya terus dan terang, WAWASAN tidak perlu “over”, jangan mendahului pucuk pimpinan dan akurlah kepada keputusan yang bakal dibuat oleh kepimpinan tertinggi PN.
Teguran itu mempunyai asas. Menurut Kamaruddin, pengagihan kerusi PRN Melaka masih belum dibincangkan secara rasmi dan belum ada sebarang kata putus. Ertinya, tiada mana-mana parti komponen boleh bertindak seolah-olah kerusi tertentu sudah menjadi miliknya atau strategi keseluruhan PN telah dimuktamadkan.
Namun sehari sebelumnya, Naib Presiden WAWASAN, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, dilaporkan berkata PN mungkin bergerak solo dan meletakkan calon di semua 28 kerusi DUN sekiranya rundingan dengan Barisan Nasional (BN) gagal mencapai persetujuan.
Beliau turut menyatakan bahawa WAWASAN mahu bertanding di DUN Bemban dan Sungai Udang tanpa mengira sama ada kerjasama dengan BN terjalin ataupun tidak.
Adakah kenyataan itu sekadar hasrat sebuah parti atau sudah menyerupai keputusan yang sepatutnya dibuat secara kolektif oleh PN?
Bemban dan Sungai Udang memang mempunyai nilai politik kepada WAWASAN. Kedua-dua kerusi itu dimenangi calon Bersatu pada PRN Melaka 2021, manakala penyandangnya kini dilaporkan menyokong WAWASAN tetapi sokongan seorang penyandang tidak secara automatik memindahkan hak politik terhadap sesuatu kerusi kepada parti baharu.
Kerusi pilihan raya bukan harta pusaka individu. Ia dimenangi melalui lambang, jentera, sokongan akar umbi dan persefahaman gabungan pada ketika pilihan raya berlangsung. Sebab itu, sebarang tuntutan untuk “mempertahankan” sesuatu kerusi mesti dibawa ke meja rundingan, bukan diumumkan sebagai keputusan yang sudah selesai.
Rekod PRN Melaka 2021 juga perlu dibaca dengan jujur. BN memenangi 21 daripada 28 kerusi DUN, manakala Pakatan Harapan memperoleh lima kerusi dan PN dua kerusi. Kedudukan itu memberikan BN asas politik yang kuat untuk menentukan strategi mempertahankan kerajaan negeri, tetapi pada masa sama tidak menutup ruang kepada perbincangan dengan parti lain.
Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, sendiri sudah menjelaskan bahawa pintu rundingan tidak ditutup. Namun rundingan mesti dilakukan melalui saluran rasmi, bukannya melalui kenyataan di media sosial atau pengumuman terbuka yang boleh menimbulkan persepsi buruk dalam kalangan rakyat.
Pendekatan itu lebih matang. Rundingan kerusi bukan pertandingan siapa paling cepat membuat tuntutan atau siapa paling lantang mengumumkan pendirian. Ia mesti berasaskan kebolehmenangan calon, kekuatan jentera, penerimaan pengundi, rekod perkhidmatan dan kemampuan membentuk kerajaan yang stabil selepas pilihan raya.
Jika setiap parti mengumumkan jumlah kerusi dan kawasan pilihannya sebelum pucuk pimpinan bermesyuarat, maka rundingan hanya tinggal nama. Meja rundingan akan berubah menjadi tempat mengesahkan tuntutan yang terlebih dahulu dibuat di khalayak ramai.
Lebih penting, kenyataan bahawa PN mungkin bertanding di semua 28 kerusi jika rundingan dengan BN gagal bukan keputusan kecil. Ia merupakan strategi menyeluruh yang memberi kesan kepada semua komponen PN, termasuk PAS, Gerakan, MIPP, Pejuang dan WAWASAN sendiri. Keputusan sebesar itu tidak sepatutnya diumumkan secara unilateral oleh seorang pemimpin daripada salah satu parti komponen.
WAWASAN juga perlu sedar kedudukannya sebagai anggota baharu dalam PN. Semangat membawa kekuatan baharu memang dialu-alukan tetapi kekuatan politik tidak dibina hanya melalui tuntutan kerusi. Ia perlu dibuktikan melalui organisasi akar umbi, calon yang diterima masyarakat, jentera pilihan raya yang berfungsi dan sokongan pengundi yang boleh diterjemahkan menjadi kemenangan.
Menuntut Bemban dan Sungai Udang kerana penyandangnya kini menyokong WAWASAN mungkin menjadi hujah awal. Namun hujah itu tetap perlu diuji bersama data, realiti setempat dan kepentingan keseluruhan gabungan. Jika tidak, tuntutan tersebut mudah dilihat sebagai cubaan mewarisi kerusi tanpa melalui proses politik yang sewajarnya.
PRN Melaka bukan medan untuk mana-mana parti membuktikan siapa lebih dominan dalam rundingan. Ia adalah ujian sama ada parti-parti yang mahu bekerjasama benar-benar memiliki disiplin untuk membuat keputusan bersama.
Penggal DUN Melaka dijadual berakhir pada 30 Disember. Masa semakin singkat, tetapi kesuntukan masa bukan alasan untuk memotong proses. Sebaliknya, keadaan itu menuntut semua pihak lebih berhati-hati, lebih tersusun dan lebih bertanggungjawab dalam menguruskan kenyataan politik.
Jika WAWASAN benar-benar mahu menjadi rakan yang dihormati dalam PN, jalan terbaik bukan dengan mendahului keputusan. Bentangkan tuntutan, buktikan kekuatan dan serahkan keputusan kepada mekanisme gabungan.
PAS sudah memberikan peringatan. WAWASAN jangan “over”. Dalam politik gabungan, suara boleh lantang, cita-cita boleh besar, tetapi keputusan tetap mesti dibuat bersama.