PRN Melaka: Sulaiman Beri Laluan Kepada Calon Baharu

Melaka Digest
By -
0

Semalam, bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali menyampaikan hasrat untuk tidak mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu yang disandangnya pada pilihan raya negeri, 14 November ini.


Menurut sumber, Sulaiman berhasrat memberi laluan kepada calon baharu yang datang dari kepimpinan UMNO bahagian tersebut. Beliau mengambil keputusan untuk tidak lagi menawarkan diri sebagai calon selepas tiga penggal mewakili kawasan berkenaan sejak 2013.

"Cukup sudah saya bertanding," katanya ketika dihubungi,Sulaiman yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah memenangi kerusi DUN Lendu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) pada 2013 serta berjaya mempertahankannya pada PRU14 pada 2018 dan PRN Melaka pada 2021.

Rata-rata ahli UMNO dan penyokong BN menyambut baik hasrat tersebut kerana Barisan Nasional Melaka pada pilihanraya negeri yang lalu telah menampilkan 86 peratus calon muka-muka baharu terutama dari golongan muda.

Langkah mengetengahkan peratusan muka baharu yang tinggi ini khususnya daripada kalangan profesional dan orang muda merupakan antara strategi utama Barisan Nasional Melaka dan telah berjaya memenangi majoriti dua pertiga, iaitu 21 daripada 28 kerusi di Melaka.

“Keputusan Sulaiman untuk memberi laluan kepada calon baharu wajar dihormati” kata warga Lendu.

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)