Keputusan yang memperoleh sokongan 23 daripada 28 Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka kini berdepan cabaran di Mahkamah Tinggi.
Pindaan Perlembagaan Negeri yang diluluskan pada 14 Julai 2026 bagi membolehkan pelantikan sehingga tujuh ADUN lantikan telah menjadi pertikaian apabila dua pemimpin DAP-Pakatan Harapan memfailkan saman untuk mencabar kesahihannya. Persoalan yang timbul bukan sekadar mengenai hak membawa pertikaian ke mahkamah tetapi juga kedudukan keputusan majoriti DUN dalam sistem demokrasi berperlembagaan.
Pada 8 Oktober lalu, Pengerusi DAP Melaka merangkap Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong, bersama Pengerusi PH Melaka daripada AMANAH, Adly Zahari, memfailkan saman pemula terhadap Kerajaan Negeri Melaka. Khoo bertindak sebagai pengundi berdaftar, manakala Adly berdasarkan kedudukannya sebagai ADUN Bukit Katil ketika pindaan diluluskan.
Peliknya, saman itu bukan difailkan secara langsung oleh ADUN DAP, walaupun empat wakil DAP merupakan antara lima ADUN PH yang menentang pindaan berkenaan. Rakyat melihat parti AMANAH hanya ‘barang mainan’ DAP di Melaka.
Pertikaian tersebut melibatkan Enakmen Perlembagaan Negeri Melaka (Pindaan) 2026 atau Enakmen A44 yang diwartakan pada 27 Ogos lalu.
Plaintif mendakwa pindaan itu bercanggah dengan Perkara 71(4) Perlembagaan Persekutuan apabila dibaca bersama Seksyen 4(1), Bahagian I, Jadual Kelapan dan oleh itu tidak sah menurut Perkara 4(1).
Keputusan asal DUN bagaimanapun mempunyai kedudukan yang penting. Seramai 23 ADUN menyokong pindaan tersebut, termasuk wakil di luar blok kerajaan, manakala lima ADUN PH menentang. Jumlah sokongan itu mewakili lebih 82 peratus keseluruhan keanggotaan Dewan, melebihi ambang dua pertiga yang diperlukan bagi pindaan Perlembagaan Negeri dari segi bilangan undi.
Sokongan sebesar itu memperlihatkan bahawa cadangan berkenaan bukan diluluskan melalui kelebihan majoriti tipis. Ia mendapat persetujuan sebahagian besar wakil rakyat yang dipilih melalui pilihan raya.
Dari sudut kerajaan negeri, pindaan berkenaan mempunyai tujuan pentadbiran yang telah dijelaskan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh. Pelantikan sehingga tujuh anggota tambahan dicadangkan bagi membawa kepakaran dalam bidang perundangan, ekonomi, pendidikan, pelaburan, teknologi dan pembangunan negeri untuk membantu penelitian dasar serta perbahasan DUN.
Cadangan tersebut tidak menghapuskan 28 kerusi yang dipilih rakyat. Bilangan tujuh pula merupakan had maksimum, bukannya jumlah yang wajib diisi. Walau bagaimanapun, manfaat kepakaran perlu dinilai bersama mekanisme pelantikan, kebebasan anggota serta kuasa sebenar yang diberikan kepada mereka.
Kerajaan Negeri Melaka mempunyai asas untuk mempertahankan pindaan melalui rekod sokongan 23 ADUN, prosedur perundangan dan tujuan memperkukuh keupayaan DUN. Pihak yang mencabar pula perlu membuktikan bahawa kandungan enakmen tersebut benar-benar melanggar sekatan Perlembagaan Persekutuan.
Sokongan 23 ADUN memperlihatkan mandat legislatif yang besar.
Rakyat Melaka berhak mengetahui bahawa keputusan majoriti Dewan dihormati, sementara setiap undang-undang yang diluluskan mempunyai asas perlembagaan yang dapat dipertahankan.
Rakyat Melaka juga sedang menilai tahap hipokrasi DAP Melaka.

Ketika Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong, mempertahankan bantahan atas nama demokrasi dan mandat rakyat, rekod Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang menunjukkan tiga ADUN DAP pernah menyokong pelantikan wakil rakyat tanpa melalui pilihan raya.
Kenapa DAP Melaka berbeza dengan DAP Pahang?
Adakah kerana Melaka akan mengadakan pilihanraya negeri tidak lama lagi?
Pada 13 Mei 2024, tiga ADUN DAP, iaitu Tengku Zulpuri Shah Raja Puji (Tras), Thomas Su Keong Siong (Ketari) dan Ho Chi Yang (Tanah Rata), direkodkan antara tujuh wakil rakyat yang menyokong usul pelantikan lima ADUN Pahang.
Pelantikan tersebut melibatkan wakil daripada UMNO, MCA, PKR, Amanah serta seorang tokoh pendidikan. Kesemua mereka mengangkat sumpah pada 5 September 2024 tanpa melalui pilihan raya.
DAP Melaka memberi alasan ianya bercanggah dengan prinsip demokrasi kerana wakil rakyat lantikan tidak mendapat mandat secara langsung dari rakyat. Khoo kemudian mengumumkan penarikan sokongan DAP terhadap kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Apa yang rakyat Melaka semakin nampak ‘game’ DAP Melaka ialah Khoo telah membuktikan bahawa DAP sedang mengawal Pakatan Harapan Melaka. Tidak semua Adun DAP bersama dengan Khoo. Jika diperhatikan di ruang media sosial milik ADUN DAP Melaka, anda boleh lihat hanya seorang sahaja ADUN DAP Melaka yang memuatnaik berita saman pemula oleh Khoo, kenapa yang lain seperti tidak berminat dengan isu ini?