Prof Agus Diperangkap Dengan Skandal Seks Oleh 'Orang' Anwar Sendiri

Melaka Digest
By -
0

"Masa tu KP dia adalah Dr. Profesor Agus, Profesor Dr. Agus.

Saya nak cerita pada malam ini bagaimana orang Anwar Ibrahim kiri dan kanan, di Perak-nya, di Putrajaya-nya, menekan Prof Agus untuk... untuk menuntut dia menjadikan J-KOM sebagai alat politik.
 
Dalam meeting-meeting tertutup, think tank terutamanya, saya hadir dengan bro Iswadi.
 
Beberapa kali Prof Agus meluahkan perasaan. Mengatakan bahawa dia ditekan oleh kawan-kawan, pegawai-pegawai Anwar Ibrahim, untuk jadikan J-KOM ini sebagai alat politik.
 
Tiga kali tuan-tuan Prof Agus meletakkan jawatan akibat daripada ditekan.
Sebab syarat pelantikan, penerimaan jawatan itu, J-KOM sepatutnya hanya menjadi jabatan yang menerangkan dasar kerajaan. Prof Agus pertahankan perkara itu.
 
Apa berlaku tuan-tuan?
 
Orang-orang PKR, pegawai-pegawai Anwar Ibrahim, saya dedahkan malam ini secara terbuka, melakukan... memerangkap Prof Agus dalam skandal seks sehingga menyebabkan orang itu tidak ada pilihan.
 
Itu pun tuan-tuan, masa Prof Agus letak jawatan sebenarnya yang dia kata dia tidak akan tarik balik, betapa jahat orang-orang PKR ini, dia reveal-kan video tu. Video itu adalah video yang diperangkap sebenarnya tuan-tuan. Video yang memerangkap Prof Agus sehingga dia tidak ada ruang lagi selain daripada meletakkan jawatan.
 
Ini tuan-tuan, betapa kejinya J-KOM yang ada sekarang.
 
Sebab itu, bila Prof Agus turun, seorang demi seorang pegawai, seorang demi seorang KP yang naik, serba tak kena tuan-tuan.
 
Kalau tanya pada saya, untuk kita ini, orang Islam, kita kata tak ada berkat dah. Untuk non-Muslim, mungkin boleh guna badi kan. Dia panggil apa orang sebut tu? Karma.
 
You aniaya KP J-KOM semata-mata dia tak nak tunduk untuk melaksanakan dasar dan agenda politik. Siapa punya kerja? Pegawai-pegawai, orang kiri-kanan Anwar Ibrahim.
 
Sebab itu, bila saya tengok pagi tadi, saya tengok dana dinaikkan sampai ke RM18.5 juta, ini satu perkara yang melampau.
 
You gula-gulakan rakyat naik RM2,000 gaji asas. Gaji asas RM2,000 ini bukan semua. Semalam YB Rafizi dah explain, hanya berapa peratus sahaja syarikat yang mendapat perolehan RM50 juta ke atas. Maknanya rakyat biasa ini takkan dapat merasa, tuan-tuan.
 
Tapi ada tak J-KOM bagi penjelasan macam ni? Tak!
 
Dia duk sibuk macam cybertrooper. Dana dah bertambah ni, tuan-tuan tengok.
 
Tidak ada lain, tidak ada bukan, dia hanya menyerang kita pagi, petang, siang, malam."
 



 

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)