Gadek: Calon Bersatu Tarik Diri, Tidak Sanggup Jadi Kuda Tunggangan DAP?

Melaka Digest
By -
0

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gadek pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16, meskipun sebelum ini mengumumkan hasrat untuk meletakkan calon di situ.


Menurut sumber tempatan, Mohd Zamri Abu Bakar telah dinamakan lebih awal sebagai calon Bersatu bagi DUN Gadek. Namun, beliau tidak hadir pada hari penamaan calon.

Sumber itu mendakwa kemungkinan Zamri mengambil keputusan tersebut kerana tidak sanggup menjadi “kuda tunggangan DAP”.

Sumber rapat pula berpandangan bahawa tidak logik Bersatu dan DAP bertanding di DUN yang sama atas alasan “kerjasama”.

Tambah sumber berkenaan, penyertaan Bersatu di kerusi itu dilihat bertujuan memecahkan undi Melayu. Perkara itulah yang didakwa mendorong Zamri menarik diri.

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)