Adik Tetak Abang Sebelum Cabut Nyawa Sendiri di Melaka

Melaka Digest
By -
0

Seorang lelaki maut dipercayai ditetak adiknya sebelum dia ditemukan tergantung di bilik tidur rumah sewa mereka di Taman Cempaka 2, Durian Tunggal, di sini malam tadi.
 

ALOR GAJAH – Seorang lelaki maut dipercayai ditetak adiknya sebelum dia ditemukan tergantung di bilik tidur rumah sewa mereka di Taman Cempaka 2, Durian Tunggal, di sini malam tadi.


Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, mayat dua beradik warga Bangladesh itu ditemukan teman serumahnya di ruang dapur dan dalam bilik tidur.


Menurut jiran, Muhammad Zuhaili Mohd. Zin, 31, dia dan keluarganya ada terdengar mereka bertengkar kira-kira jam 5.50 petang sebelum rakan serumah si mati pulang.

Muhammad Zuhaili Mohd. Zin,



“Rumah ini didiami oleh mangsa bersama seorang lagi lelaki rakan serumah dan dialah yang jumpa mayat si abang di dapur dengan kesan tetakan, manakala adik tergantung di dalam sebuah bilik.

“Saya mengenali mereka yang mengaku dua beradik yang mana si adik ini telah berkahwin dengan wanita warga Indonesia dan mempunyai seorang anak tetapi didakwa melarikan diri bersama anak mereka sejak dua minggu lalu,” katanya ketika ditemui media di lokasi kejadian malam tadi.


Tambahnya, sebelum ini si adik kerap bertengkar dengan isterinya dan difahamkan ia berpunca kerana wanita itu tidak dibenarkan bekerja.


“Mungkin ada isu yang berlaku antara dua beradik itu menyebabkan dia sanggup bertindak sedemikian sedangkan sebelum ini perwatakannya baik dan selalu tegur beri salam,” katanya.

Mayat dua beradik itu yang bekerja di kawasan tapak bina berhampiran dibawa keluar pihak polis pada pukul 10.45 malam tadi selepas siasatan dilakukan pasukan forensik.

Terdahulu, mayat dua beradik itu yang bekerja di kawasan tapak bina berhampiran dibawa keluar pihak polis pada pukul 10.45 malam tadi selepas siasatan dilakukan pasukan forensik.


Sementara itu, Ketua Polis Melaka Datuk Dzulkhairi Mukhtar ketika dihubungi mengesahkan kes kematian itu dan satu kenyataan media akan dikeluarkan jam 11 pagi ini. – MalaysiaGazette

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)