Kenyataan Pesuruhjaya PAS Selangor, Ab Halim Tamuri yang memberi jaminan bahawa pusat perjudian di Selangor tidak akan ditutup sekiranya PAS menjadi kerajaan negeri selepas PRN akan datang mencetuskan gelombang kekecewaan dalam kalangan akar umbi PAS sendiri terutama dari penyokong PAS Melaka.
Bagi banyak pihak dalam parti itu, kenyataan tersebut bukan sekadar silap cakap tetapi satu pengkhianatan terhadap prinsip asas perjuangan Islam yang selama ini dijadikan modal utama dalam setiap ceramah dan kempen politik mereka.
“Kami malu, ini bukan PAS yang kami kenal,”
Demikian antara luahan seorang penyokong PAS Melaka yang enggan namanya disiarkan. Beliau menegaskan bahawa ucapan Ab Halim bukan sekadar bercanggah dengan dasar parti tetapi mencalarkan imej PAS seluruh negara.
Lebih membingungkan, apabila Ahli Parlimen Tangga Batu, YB Bakri Jamaluddin (PAS) yang mewakili PAS Melaka tampil di media sosial mempertikaikan DAP atas isu “alcohol served onboard”, namun tidak langsung menyentuh atau menegur kenyataan Pesuruhjaya PAS Selangor berhubung pusat judi.
Dalam hantaran Facebook beliau, Bakri menulis:
“Kenapa DAP prejudis sangat soal pemansuhan alcohol served onboard?”
Kenyataan itu menimbulkan persoalan besar adakah PAS Melaka lebih selesa menegur DAP daripada menegur kesilapan dalam rumah sendiri?
Dalam hantaran Facebook beliau, Bakri menulis:
“Kenapa DAP prejudis sangat soal pemansuhan alcohol served onboard?”
Kenyataan itu menimbulkan persoalan besar adakah PAS Melaka lebih selesa menegur DAP daripada menegur kesilapan dalam rumah sendiri?
Menurut penganalisis politik pertembungan pendirian ini menggambarkan krisis identiti serius dalam PAS.
“PAS kini terperangkap antara idealisme Islam dan realiti politik kuasa. Di negeri-negeri yang mereka rasa boleh menang dengan undi bukan Islam, mereka jadi lunak. Tetapi di negeri majoriti Melayu, mereka kembali keras dan berapi-api soal dosa dan pahala,” ujar penganalisis politik lagi.
Tambahnya lagi, kenyataan bercanggah antara PAS Selangor dan kekecewaan PAS Melaka ini menunjukkan bahawa parti itu tidak mempunyai konsistensi moral atau dasar tadbir urus yang jelas.
Setakat ini, PAS Melaka belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi tentang pendirian mereka terhadap arak dan judi jika PAS dan PPBM berkuasa kelak. Namun sumber dalaman parti mengesahkan bahawa rasa tidak puas hati sudah mula merebak dalam kalangan pimpinan negeri.
Menurut sumber itu lagi, ada kebimbangan bahawa pengundi Melayu Melaka akan menolak PAS sekiranya mereka dilihat bersikap seperti PAS Selangor yang sanggup berkompromi demi undi bukan Islam.
“Kalau PAS Selangor boleh janji tak tutup pusat judi, apa beza mereka dengan kerajaan PH sekarang?,” katanya sinis.
Apa yang berlaku memperlihatkan hipokrasi politik yang semakin sukar disembunyikan. PAS yang selama ini menuduh parti lain tidak tegas dalam soal moral, kini dilihat menjadi pelindung kepada industri judi dan arak asalkan ia boleh menjamin kemenangan politik.
Bagi rakyat, isu ini bukan lagi soal agama tetapi soal integriti dan kejujuran politik. PAS mungkin masih boleh berceramah dengan ayat-ayat suci dan slogan perjuangan Islam tetapi apabila tindakan mereka bercanggah dengan kata-kata sendiri, rakyat akan menghukum dengan lebih keras daripada mana-mana fatwa politik.
PAS Melaka kini berada di persimpangan sama ada berani menegur rakan separti yang tergelincir, atau terus berdiam demi kelangsungan politik Perikatan Nasional. Namun satu hakikat tetap jelas, apabila perjuangan Islam sudah mula dikira mengikut kalkulator undi, maka PAS sememangnya “parti menunggang” yang menjual prinsip demi kuasa.
Penyokong PAS Melaka kecewa kerana Pesuruhjaya PAS Melaka popular dengan doa qunut nazilah, “tak mujarab doa qunut nanti jika kita tunduk pada amalan judi dan minum arak” katanya.


