Langkah drastik Datuk Seri Azmin Ali, Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menandakan perubahan fasa baharu dalam usaha menyelamatkan parti daripada sabotaj dalaman.
Tegas dan tanpa kompromi, beliau mengarahkan semua pimpinan negeri dan bahagian supaya tidak lagi berurusan dengan mana-mana individu yang telah dikenakan tindakan disiplin, termasuk bekas Ketua Bahagian PPBM Hang Tuah Jaya, Mohd Azrudin Md Idris.
Pemecatan Ketua PPBM Hang Tuah Jaya, baca di SINI
“Badan pimpinan negeri, pimpinan dan ahli-ahli Bersatu di peringkat bahagian, cawangan dan sayap-sayap diberikan peringatan untuk tidak terlibat dalam sebarang bentuk penganjuran, perjumpaan dan perbincangan dengan mana-mana pihak dan individu yang telah dijatuhkan hukuman oleh lembaga disiplin parti,”
“Badan pimpinan negeri, pimpinan dan ahli-ahli Bersatu di peringkat bahagian, cawangan dan sayap-sayap diberikan peringatan untuk tidak terlibat dalam sebarang bentuk penganjuran, perjumpaan dan perbincangan dengan mana-mana pihak dan individu yang telah dijatuhkan hukuman oleh lembaga disiplin parti,”
![]() |
Sumber dalaman PPBM memaklumkan bahawa arahan Azmin ini dikeluarkan selepas laporan menyebut bahawa beberapa bekas ketua bahagian masih aktif mengadakan perjumpaan tertutup, dipercayai bertujuan mempengaruhi ahli-ahli akar umbi supaya menolak kepimpinan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Antara individu yang dikaitkan dengan gerakan ini termasuk Mohd Azrudin Md Idris yang baru-baru ini dipecat bersama Wan Saiful Wan Jan dan tiga lagi ketua bahagian kerana cuba mencabar kepimpinan parti.
Pada 14 Oktober lalu, Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PPBM memecat Wan Saiful Wan Jan dan empat ketua bahagian, manakala Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, digantung keahlian selama satu penggal.
Walaupun lembaga disiplin tidak memperincikan kesalahan mereka, ramai percaya tindakan itu berpunca daripada gerakan dalaman mendesak Presiden menyerahkan kuasa kepada Timbalannya, Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Langkah itu sekaligus memberi isyarat jelas bahawa “Kem Bukan Presiden” kini lumpuh secara struktur selepas kehilangan ketua bahagian dan talian pengaruh di negeri-negeri strategik seperti Melaka, Johor dan Selangor.
Dalam masa sama, bekas Ahli MPT, Wan Saiful Wan Jan, kini giat menjalankan siri jelajah “pendedahan” terhadap PPBM dengan menuduh Muhyiddin sebagai diktator serta mendakwa parti dikuasai oleh kelompok tertutup.
Lebih mencabar apabila Datuk Saifuddin Abdullah, Ahli Parlimen Indera Mahkota, turut tampil menyoal gaya hidup menantu Muhyiddin yang dikatakan hidup mewah di luar negara walaupun bertaraf pelarian dengan dikaitkan dengan jenayah rasuah ratusan juta ringgit.
Suara ini menjadi “echo chamber” kepada naratif bahawa Bersatu sudah jauh tersasar daripada perjuangan asal sekaligus menjejaskan imej parti di mata penyokong akar umbi.
Namun, tindakan Azmin kini menutup ruang komunikasi tersebut dengan arahan rasmi kepada semua ketua bahagian, pengaruh bekas pemimpin yang disabit kesalahan kini terputus di peringkat akar umbi.
Langkah Azmin ini membawa implikasi politik yang lebih luas kerana sebelum ini ramai melihat Datuk Seri Hamzah Zainudin sebagai calon pengganti kepada Muhyiddin, namun situasi berubah apabila Azmin kini menguasai jentera pentadbiran, saluran komunikasi rasmi dan kawalan disiplin parti.
Dalam politik moden, penguasaan terhadap struktur organisasi lebih berkuasa daripada pengaruh retorik dan dalam konteks ini Azmin kini mempamirkan dirnya adalah nadi sebenar PPBM.
Langkah Azmin dilihat bukan semata-mata mempertahankan Muhyiddin, tetapi membina tapak politik pasca-Muhyiddin dan dengan keupayaan mengawal disiplin, mengurus konflik dalaman, dan menstabilkan jentera, beliau sedang membina imej sebagai “strategist yang menyelamatkan parti daripada runtuh”.
Sebaliknya, kem Hamzah kini kelihatan defensif, kehilangan jaringan ketua bahagian dan semakin bergantung kepada simpati segelintir pemimpin negeri yang masih ragu-ragu terhadap hala tuju parti.
Tetapi Azmin Ali mungkin lupa kekuatan sebenar bekas Ketua Bahagian PPBM Hang Tuah Jaya, Mohd Azrudin Md Idris yang mampu merobohkan PPBM Melaka pada bila-bila masa.
Cuma hairan, di mana Mas Ermi Yatie?


