Rentetan pendedahan berani Wan Ahmad Fayhsal mengenai manipulasi dalam pemilihan ARMADA BERSATU, kini gelombang kemarahan mula merebak ke seluruh negara. Terbaru, Armada Melaka tampil lantang mendesak agar pemilihan semula diadakan segera, mendakwa keputusan sebelum ini penuh dengan penipuan, permainan kotor dan “silap mata” politik dalaman.
Di mata ramai ahli muda parti itu, isu ini bukan sekadar soal kalah atau menang namun ia persoalan maruah dan integriti perjuangan.
Nama Muhammad Hilman Idham, Ketua ARMADA yang kini diselubungi pelbagai kontroversi, kembali menjadi tumpuan. Bukan sahaja dikaitkan dengan skandal rakaman CCTV ‘miripnya’ di sebuah hotel bersama seorang GRO, malah beliau juga didakwa tidak layak secara moral dan prinsip untuk memimpin sayap pemuda parti yang kononnya mahu membawa agenda reformasi dan bersih daripada skandal serta salah laku.
Sumber dalaman mendakwa, laporan aduan akan dihantar ke pucuk pimpinan parti dan tindakan tegas harus diambil.
“Kalau benar BERSATU nak bina keyakinan rakyat, pemilihan mesti dibuat semula. Jangan biar sayap pemuda parti jadi gelanggang jijik yang dikawal oleh individu bermasalah,” tegas seorang pemimpin Armada Melaka yang enggan namanya disiarkan.
Isu ini memperlihatkan retak yang semakin melebar dalam kepimpinan BERSATU. Golongan muda parti kini bukan sahaja hilang kepercayaan kepada kepimpinan pusat tetapi juga mempersoalkan hala tuju perjuangan parti yang semakin jauh daripada prinsip asal perjuangan melawan korupsi, menolak penyalahgunaan kuasa dan menjunjung moral politik.
Jika pucuk pimpinan terus berdiam diri, tidak mustahil gelombang protes ini akan berubah menjadi pemberontakan dalaman, memaksa kepimpinan parti berdepan tekanan moral dan politik dari akar umbi sendiri.
BERSATU kini berada di persimpangan sama ada membersihkan rumah sendiri, atau terus membiarkan reput moral menular hingga parti sendiri menjadi bangkai politik yang busuk dari dalam.