Podcast Zaid Ibrahim kali ini benar-benar “menelanjangkan” segala rahsia dalaman Perikatan Nasional (PN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) melalui Wan Ahmad Fayhsal.
Menurut Wan Ahmad Fayhsal, segala kekusutan dalam parti bermula apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin menolak cadangan membentuk kerajaan perpaduan dengan Anwar Ibrahim tanpa berbincang dengan parti. Keputusan bersendirian itu membuka babak perpecahan yang panjang.
Kemudian, PAS pula menolak Muhyiddin dan mahukan Hamzah Zainuddin sebagai Ketua Pembangkang. Muhyiddin tidak senang dan mula mengatur langkah menyingkirkan Hamzah, namun gagal selepas kedua-dua pihak mencapai “rundingan damai” bahawa Hamzah akan menggantikan Muhyiddin menjelang PRU16.
Masalah bertambah bila Azmin Ali tidak puas hati kenapa dia tidak dinamakan Timbalan Presiden. Dari situ bermula perang dalaman antara kem Azmin dan kem Hamzah. Fayhsal turut mendakwa pemilihan Armada dicemari penipuan dengan calon pro-Azmin menang melalui taktik kotor dan undi tidak dikira.
Fayhsal juga membongkar bahawa permusuhan Azmin–Hamzah sudah lama wujud, sejak zaman Ismail Sabri jadi PM. Ketika itu Muhyiddin mahu Azmin jadi TPM tapi Hamzah halang kononnya kerana kes ‘semburit’.
Lebih parah, selepas pemilihan parti, Muhyiddin melantik pimpinan PN tanpa rundingan dengan PAS. Azmin dikatakan tidak layak jadi Setiausaha Agung PN sebab isu moralnya dan langkah itu menyebabkan Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar meletak jawatan sebagai Bendahari PN.
Dalam Perhimpunan Agung Bersatu terbaru, orang-orang Azmin membawa usul mengekalkan Muhyiddin sebagai calon PM, walaupun majoriti ketua bahagian mahu perubahan. Hamzah dan penyokongnya difitnah sebagai “agen Anwar”.
Zaid Ibrahim dalam podcast itu menutup bicara dengan kata-kata pedas:
“Bersatu sedang karam. Yang waras elok lompat masuk PAS sebelum tenggelam bersama kapal lama ini.”
