Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kini berada di ambang kehancuran dalaman yang paling parah sejak penubuhannya.
Pergolakan dalaman yang semakin memuncak ini bukan sekadar isu kecil tentang strategi atau komunikasi tetapi berpunca daripada kepimpinan yang dianggap lemah, tamak, kehilangan arah dan rasuah JanaWwibawa, semuanya berkait rapat dengan figura utamanya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin kini berdepan tekanan bukan sahaja daripada ahli biasa, malah daripada pemimpin partinya sendiri.
Dakwaan bahawa beliau “merompak wang negara” melalui projek Jana Wibawa masih membayangi reputasinya, lebih-lebih lagi selepas timbul isu menantunya, Adlan Berhan yang melarikan diri ke luar negara untuk mengelak siasatan rasuah.
Ironinya, walaupun Adlan digelar “pelarian korup”, gaya hidup mewahnya di luar negara terus menjadi bahan sindiran dalam kalangan akar umbi. “Kalau betul menantu tu tak bersalah, kenapa lari? Dan kalau lari pun, kenapa masih hidup macam jutawan?” kata seorang ahli PPBM Bahagian Ampang yang sudah menggantung keahlian.
Menurut sumber dalaman, antara punca ramai pemimpin mula hilang kepercayaan ialah sikap Muhyiddin yang sering memberi alasan “tiada duit”.
Isu ini bukan perkara baru, malah turut diakui oleh beberapa pemimpin kanan parti seperti Datuk Saifuddin Abdullah yang menganggap kegagalan kewangan parti sebagai tanda kepimpinan lumpuh.
“Ramai malu sebab kena minta peruntukan dengan Anwar, bukan sebab nak bantu rakyat sangat pun tapi sebab nak gerakkan jentera parti. Kalau ketua parti asyik kata takde duit, siapa lagi nak percaya?” kata sumber lagi.
“Ketua parti jenis apa kalau duit tarakkk, jentera pun tak gerak, tapi nak jadi ketua besar?” kata seorang penyokong PPBM yang juga bekas ahli bahagian Temerloh.
Senarai mereka yang digantung, dipecat dan meletak jawatan semakin panjang dan semuanya membawa satu mesej jelas, kepercayaan terhadap Muhyiddin sudah tiada.
Antara nama-nama yang telah terlibat termasuk:
- Khaliq Mehtab Mohd Ishaq – Letak jawatan sebagai Pengerusi Biro Perundangan dan Perlembagaan Bersatu selepas kecewa dengan cara Muhyiddin mengendalikan krisis dalaman.
- Mohd. Isa Mohd. Saidi – Bekas Ketua Bahagian Bersatu Ampang, lantang mengkritik presiden, mendakwa parti kini tidak lagi mendengar suara akar umbi.
- Datuk Sahruddin Jamal – Bekas MB Johor, digantung keahlian atas alasan “tidak hadir mesyuarat” tetapi hakikatnya menolak arahan kepimpinan pusat.
- Datuk Zulkifli Zakaria – Digantung sebagai ahli seumur hidup selepas mengkritik secara terbuka keputusan politik Muhyiddin dalam siri ceramah di utara tanah air.
- Tun Faisal Ismail Aziz – Walaupun kini Ketua Penerangan, ramai akar umbi mendakwa beliau berubah menjadi elit selepas dilantik.
“Dulu rajin turun demo, tapi sekarang bila dah dapat jawatan, berlagak kayangan,” kata seorang penyokong PPBM Putrajaya.
Keretakan PPBM tidak hanya meretakkan parti itu tetapi turut memberi kesan kepada rakan sekutunya dalam Perikatan Nasional (PN).
Isu perlantikan Datuk Mas Ermieyati Samsudin sebagai Pengerusi PN Melaka mencetuskan ketegangan dengan PAS negeri.
Penyokong PAS secara terbuka menolak kepimpinan Mas Ermieyati dengan alasan seorang wanita sedangkan tokoh PAS seperti Zulkifli Ismail yang juga seorang Ahli Parlimen juga.
“Dalam Islam pun, kepimpinan utama patut lelaki. Tapi sekarang PN Melaka dipimpin oleh wanita yang tiada rekod cemerlang sebagai timbalan menteri pun,” ujar seorang penyokong PAS Kawasan Alor Gajah.
Menurut penganalisis politik bebas, pergolakan PPBM kini sudah memasuki fasa “tidak boleh dipulihkan.”
“Apabila pemimpin kanan seperti Khaliq Mehtab dan Mohd Isa sudah berani melawan arus, itu tanda bahawa domino effect sedang berlaku. Dalam tempoh tiga bulan, kita mungkin akan lihat lebih ramai letak jawatan atau lompat parti.”
Sumber dalaman Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) turut membayangkan bahawa beberapa ketua bahagian dari Johor, Kedah dan Sabah sedang menunggu masa sesuai untuk melepaskan jawatan secara serentak sebagai tanda protes terhadap kepimpinan Muhyiddin dan Azmin Ali.
