Dalam politik ada masanya parti yang kecil harus tahu tempatnya dan bukan semua boleh angkat kepala bila jasa pun belum seberapa.
Begitulah kisah penyokong PAS Melaka yang kini nampaknya lebih sibuk mempertikaikan pelantikan Mas Ermieyati Samsudin sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Melaka, seolah-olah mereka ini paling kuat dalam gabungan itu.
Realitinya, PAS tidak pernah menang satu pun kerusi DUN di Melaka sejak pilihan raya negeri diadakan. Dalam sejarah politik negeri, PAS sekadar menjadi pelengkap papan tanda gabungan, bukan penentu arah politik Melaka. Tapi hari ini, kumpulan penyokong mereka tampil lantang mempersoalkan keputusan kepimpinan tertinggi PN, kononnya mahu pemimpin lelaki, kononnya atas dasar “kefahaman agama”.
Padahal kalau ikut rekod, PAS hanya menang satu kerusi Parlimen di Jasin, itu pun bukan kerana kekuatan parti atau calon tetapi hasil gelombang kebencian dan fitnah yang dimainkan terhadap UMNO-BN ketika itu. Kalau bukan kerana naratif “anti-rasuah”, “anti-Zahid” dan manipulasi sentimen rakyat maka belum tentu Jasin itu dapat dikuasai oleh mereka. Sekarang, bila dah rasa manis kuasa walaupun sekelumit, terus mula berlagak seperti penentu hala tuju negeri.
Lebih ironik, Ahli Parlimen Jasin sendiri dikatakan tidak mempunyai latar belakang akademik yang kukuh untuk memimpin negeri seperti Melaka yang bersejarah, berbudaya tinggi, dan sarat dengan institusi ilmu.
Rahim Tamby Chik bekas Ketua Menteri Melaka sendiri akur dengan keputusan PN Pusat. Dia faham dalam gabungan yang penting ialah keseimbangan dan kepercayaan kepimpinan tertinggi. Siapa penyokong PAS Melaka untuk mempertikaikan itu semua?
“Kalau lembu betina pun mampu memimpin dengan baik dan memacu semangat PN Melaka, maka mungkin sudah tiba masanya “lembu jantan” dalam PAS Melaka belajar diam dan tunduk seketika kata penyokong PPBM Melaka.
