Ismanira didapati bersalah tuduhan pengabaian Zayn Rayyan

Melaka Digest
By -
0

 

                        Ismanira didapati bersalah tuduhan pengabaian Zayn Rayyan. - Foto NSTP

PETALING JAYA: Ibu kepada kanak-kanak autisme, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin iaitu Ismanira Abdul Manaf, 30, didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan mengabaikan anak lelakinya itu dua tahun lalu.


Hakim Dr Syahliza Warnoh membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaannya.


Ismanira, 30, bersama suami Zaim Ikhwan Zahari didakwa mengabaikan anak lelaki mereka dengan cara yang mungkin menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal.


Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)