Gambar Menantu Muhyiddin Berlatih Menembak Cetuskan Persoalan – Penyokong PPBM Melaka

Melaka Digest
By -
0

Gambar yang tular semalam menunjukkan Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan, menantu kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sedang berlatih menembak telah mencetuskan pelbagai persoalan dan keresahan awam. Ia bukan sekadar isu hobi atau gaya hidup tetapi mencerminkan naratif lebih gelap tentang moral, integriti, dan ketelusan kepimpinan bekas Perdana Menteri yang kini mengetuai parti kononnya berteraskan “bersih dan berprinsip”.


Menantu Muhyiddin bukan nama asing dalam siasatan rasuah projek JanaWibawa yang dikaitkan dengan penyelewengan dana awam semasa pentadbiran Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.
SPRM telah pun mengeluarkan notis pencarian antarabangsa (Interpol Red Notice) kerana beliau lari sebelum siasatan bermula.

Kini timbul persoalan yang jauh lebih serius adakah latihan menembak ini simbolik kepada “persiapan mempertahankan diri” daripada serbuan undang-undang atau sekadar percubaan menunjukkan kekuasaan di sebalik pelarian?

“Sebagai penyokong kuat PPBM di Melaka, saya tertanya kenapa Muhyiddin terus menerus memalukan parti PPBM dengan isu menantu lari?” katanya ketika dihubungi oleh wakil Melaka Digest.

“Jika benar beliau tidak bersalah, kenapa lari dari siasatan SPRM dan jika benar hanya mahu “beriadah”, kenapa memilih aktiviti yang mencetuskan ketakutan dan persepsi ancaman terhadap pihak berkuasa?

Gambaran ini amat berbahaya dari segi optik politik dan keselamatan, seorang pelarian kes rasuah kini berlatih menembak, manakala bapa mentuanya terus berucap tentang “perjuangan melawan kezaliman”. 

“Mengapa seorang yang didakwa terlibat dalam jenayah besar boleh bebas dan menjalani kehidupan mewah di luar negara tanpa tindakan segera dari pihak berkuasa dan Muhyyidn pula hanya membisu?” tegas penyokong PPBM Melaka yang ingin dikenali sebagai Ali Badrul.

Sebelum ini 
Penyokong PAS Melaka Desak Muhyiddin Panggil Balik Menantu
Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)