Isu Penjaja Pantai Puteri: PAS Melaka Putar Belit Fakta

Melaka Digest
By -
0


Isu penjaja di Pantai Puteri yang tular kini dijadikan modal politik oleh PAS Melaka untuk menanam persepsi kononnya kerajaan negeri menindas peniaga kecil.

 

Hakikatnya, persepsi jahat tersebut adalah satu lagi contoh bagaimana parti itu cuba memanipulasi fakta tanpa memahami konteks sebenar tindakan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

 

Realitinya, MBMB tidak pernah menafikan peranan dan sumbangan para penjaja di kawasan Pantai Puteri malah mereka diiktiraf sebagai sebahagian daripada nadi pelancongan tempatan. Namun, sebagai pihak berkuasa tempatan, MBMB juga bertanggungjawab memastikan kawasan tumpuan pelancongan ini kekal selamat, bersih dan tersusun mengikut peruntukan undang-undang.

 

Tuduhan kononnya penjaja dihalau atau ditekan adalah tidak benar. Tindakan MBMB adalah berpaksikan undang-undang di bawah Seksyen 70(1) Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) yang mewajibkan sebarang struktur kekal di kawasan awam diperiksa dan disusun semula demi keselamatan pengguna.

 

Pada 23 September 2025, MBMB hanya mengeluarkan notis penambahbaikan kepada pemilik struktur, diikuti surat peringatan susulan bukan notis pengusiran. Ini merupakan langkah prosedur biasa dalam mana-mana kawasan pelancongan yang sedang dipertingkatkan kemudahannya.

 

Penyelesaian Berfasa, Tapak Baharu Lebih Strategik

Sebagai langkah proaktif, MBMB telah menyediakan tapak baharu berhampiran Menara Kawalan Pantai Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), lokasi yang lebih selamat dan kondusif.

 

Tapak tersebut lengkap dengan kemudahan asas termasuk tandas awam, kawasan parkir, dan berhampiran Pentas Budaya Pantai Puteri yang membolehkan penjaja berniaga dalam suasana yang lebih selesa, tersusun dan menarik kepada pelancong.

 

Langkah ini jelas menunjukkan MBMB bukan menutup periuk nasi penjaja tetapi menaik taraf taraf ekonomi mereka melalui infrastruktur lebih baik dan sistematik.

 


Kerjasama Strategik Perkukuh Ekonomi Penjaja

Tambahan pula, MBMB dengan sokongan rasmi JAPERUN Pantai Kundor (surat bertarikh 11 Ogos 2025) telah melantik Penganjur Penjaja Pantai Puteri bagi membantu menyelaras kebersihan, keselamatan dan promosi kawasan tersebut.

Langkah ini bukan bermaksud mengambil alih peranan penjaja tetapi bagi memperkukuh tadbir urus dan memastikan potensi ekonomi tempatan dapat dimaksimumkan secara terancang.

 

Antara inisiatif penganjur termasuk:

  • Kerjasama strategik bersama FAMA, agensi kerajaan dan syarikat korporat;
  • Pelaksanaan program latihan keusahawanan dan bimbingan niaga untuk penjaja;
  • Penganjuran karnival makanan, jualan muhibah dan aktiviti kebudayaan bagi menarik lebih ramai pelancong.

 

Semua ini menunjukkan MBMB dan kerajaan negeri sedang bergerak ke arah memperkukuh ekonomi rakyat kecil bukan menekan mereka seperti yang cuba digambarkan oleh pihak pembangkang.

 

Dialog, Bukan Konfrontasi

MBMB juga menegaskan komitmen untuk terus berbincang secara harmoni dengan para penjaja bagi mencari jalan penyelesaian terbaik. Segala tindakan yang diambil berpaksikan undang-undang tetapi tetap mendahulukan kepentingan rakyat dan keharmonian masyarakat setempat.

 

Kerjasama erat antara penjaja, penganjur dan pihak berkuasa tempatan akan memastikan Pantai Puteri terus kekal sebagai destinasi pelancongan keluarga yang bersih, selamat, dan berdaya saing bukan sekadar tempat berniaga tetapi simbol kemajuan ekonomi rakyat Melaka.

 

PAS Melaka Perlu Cermin Diri:

PAS Melaka wajar berhenti menunggang isu rakyat untuk kepentingan politik sempit.
Jika benar memperjuangkan rakyat, mereka seharusnya membantu mencari penyelesaian, bukan mencipta persepsi palsu.

 

MBMB telah membuktikan bahawa pembangunan tidak bermakna penghapusan, sebaliknya penambahbaikan yang menjamin masa depan penjaja dan pelancongan negeri Melaka.

 

Ironinya wakil rakyat PAS, ADUN Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis yang turut serta dalam ‘mini demostrasi’ tersebut diberitakan tidak mengendahkan lebih 500 aduan di kawasan beliau sendiri. Ramai pengadu datang ke Seri Negeri adalah penduduk dari kawasannya.

 

Inilah beza antara politik fakta dan politik fitnah yang satu membina, yang satu meruntuhkan.





 


Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)