MELAKA, 16 OKTOBER 2025 – Tindakan tidak bermoral tiga lelaki yang dipercayai terlibat dalam seks sejenis dan seks berkumpulan akhirnya terbongkar apabila mereka dicekup oleh Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dalam satu operasi khas dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia, semalam.
Ketiga-tiga suspek, masing-masing berusia 21, 24 dan 26 tahun, ditahan sekitar jam 1.30 tengah hari hasil aduan awam yang disertakan bukti bergambar serta rakaman video jelas memaparkan perlakuan jijik mereka.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri Melaka, Datuk Rahmad Mariman, mengesahkan penahanan itu dalam satu kenyataan rasmi hari ini.
“Perbuatan ini jelas melanggar hukum syarak dan mencerminkan gaya hidup songsang yang semakin menular, hasil pengaruh budaya asing yang bertentangan dengan nilai dan ajaran Islam,” tegasnya.
Beliau turut mengaitkan peristiwa itu dengan kisah umat terdahulu, khususnya kaum Nabi Luth yang dilaknat oleh Allah SWT kerana terlibat dalam perbuatan homoseksual yang dikeji.
“Budaya LGBT bukan sahaja bertentangan dengan Islam, malah memberi impak buruk kepada kesihatan awam. Data Jabatan Kesihatan Negeri Melaka sendiri menunjukkan peningkatan kes penyakit jangkitan seksual (STD) seperti HIV, AIDS, Gonorrhea, Sifilis dan Chancroid,” katanya lagi.
Ketiga-tiga lelaki terbabit kini disiasat di bawah beberapa seksyen Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991, iaitu:
1. Seksyen 56 – Kesalahan liwat
2. Seksyen 57 – Percubaan liwat
3. Seksyen 58 – Hubungan jenis luar tabii
Turut disita dalam serbuan ialah telefon bimbit milik suspek yang mengandungi bahan bukti dan akan dijadikan barang kes dalam siasatan lanjut.
JAIM menegaskan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang mencabuli hukum agama, khususnya kes berkaitan LGBT dan seks songsang yang kini semakin membimbangkan.
Melaka Digest difahamkan siasatan lanjut masih berjalan dan semua suspek akan dihadapkan ke Mahkamah Syariah sebaik kertas siasatan lengkap.
Kes ini menjadi satu lagi peringatan bahawa perbuatan menyalahi hukum syarak tidak akan terlepas daripada tindakan undang-undang. Masyarakat diseru untuk tampil melaporkan sebarang aktiviti
