Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menyatakan keyakinan bahawa Barisan Nasional (BN) kini benar-benar bersedia untuk “Bikin Balik Sabah” berpandukan rekod pentadbiran lalu yang terbukti membawa kestabilan dan kemakmuran kepada rakyat negeri itu.
Menurut beliau, BN bukan sekadar mengemukakan janji politik tetapi mempunyai rekod kerja nyata yang menjadi bukti kemampuan gabungan tersebut mentadbir dengan baik dan berkesan.
Ab Rauf menambah, semangat baharu dalam kepimpinan BN di Sabah kini diserlahkan dengan 80 peratus calon muka baharu yang dibarisi oleh golongan profesional, muda serta berwawasan.
“Pasukan ini bukan sekadar mahu menang pilihan raya tetapi membawa semula keyakinan rakyat bahawa BN masih relevan, matang dan mampu memulihkan Sabah dari ketidaktentuan politik yang berlaku,” jelasnya.
Beliau turut menegaskan bahawa BN mempunyai rekod konsisten dalam membangunkan infrastruktur asas, memperkukuh ekonomi luar bandar dan memastikan kesejahteraan sosial rakyat menjadi keutamaan.
“Kita bukan datang dengan janji kosong tapi dengan sejarah kejayaan yang boleh diukur. BN sudah bersedia untuk kembali menjadi pilihan rakyat Sabah,” katanya lagi.
Slogan “Bikin Balik Sabah” kini menjadi tema utama kempen BN di negeri itu yang membawa mesej kesinambungan dan kebangkitan semula bukan sekadar untuk meraih undi tetapi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap pentadbiran berasaskan kestabilan dan tanggungjawab.