“Dikasi Apa Pun Ambil, Undi Tatap PN”: Normalisasi Rasuah Oleh Calon PN?

Melaka Digest
By -
0

Slogan “Dikasi apa pun ambil, undi tatap PN” yang terpampang besar pada papan iklan calon PAS–PN di DUN Petagas, Dr. Afifi Saif, menimbulkan persoalan serius, 
adakah ini cubaan menormalisasikan rasuah politik?

Ungkapan itu kedengaran seperti satu pesanan sinis yang menyeru rakyat menerima apa sahaja habuan tetapi tetap mengundi PN. 
 
Bagi ramai penduduk tempatan, ia bukan sekadar tidak sensitif malah bercanggah dengan nilai yang selama ini diwar-warkan oleh PAS sebagai parti yang membawa identiti Islamik.

“Benda haram tetap haram…” tegas seorang penduduk Petagas yang berasa terkilan kerana mesej sebegitu datang daripada calon PAS sendiri, parti yang sering menampilkan imej moral dan agama.

Seorang lagi penduduk, Ismaon dari kariah masjid tempatan, turut meluahkan rasa tidak puas hati:

“Janganlah menghina pengundi Petagas seolah-olah begitu miskin akhlaknya. Hari tu EXCO PAS Kedah hina rakyat Sabah kononnya roti Gardenia pun cukup sebagai umpan. Sekarang muncul pula slogan begini?”

Beliau menambah bahawa mesej seperti itu bukan sahaja merendahkan maruah pengundi Sabah, malah membuka ruang kepada budaya politik wang yang semakin berani ditayangkan di khalayak.

“Janganlah disebarkan dakyah berunsur rasuah…” katanya lagi.

Isu ini sekali lagi menimbulkan persoalan tentang kesungguhan PAS dan PN dalam menegakkan nilai integriti, atau adakah slogan seperti ini menggambarkan wajah sebenar politik mereka ketika berdepan rakyat.
Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)