Mas Ermieyatie Sokong Muhyiddin Tetapi Bawa Chegu Bard Ceramah Ke Melaka, Apa Permainan Sebenarnya?

Melaka Digest
By -
0

Kediaman Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara kembali menjadi pusat tumpuan malam tadi apabila 16 Ahli Parlimen parti itu dipanggil untuk satu pertemuan penting namun yang muncul hanya 12 orang.


Antara yang hadir ialah Datuk Khlir Mohd Nor (Merbok), Mohd Nazri Abu Hassan (Grik), Fathul Huzir Ayob (Gerik), Komander (B) Nordin Ahmad Ismail (Lumut), Datuk Azman Nasrudin (Padang Serai), Datuk Mohd Suhaimi Abdullah (Langkawi), Kapten Azahari Hasan (Padang Rengas), Dr Mohd Radzi Md Jidin (Putrajaya), Datuk Seri Hamzah Zainudin (Larut), Zakri Hassan (Kangar), Datuk Wira Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail (Kubang Pasu), serta Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin (Masjid Tanah).

Namun nama Mas Ermieyati menjadi bualan yang lebih panas daripada mesyuarat itu sendiri.

Di atas kertas, Mas Ermieyati dilihat antara tokoh yang paling kukuh berdiri bersama Muhyiddin kerana beliau adalah Ketua Wanita PPBM Malaysia.

Mas Ermieyati hadir ke mesyuarat sulit malam ini pun sudah cukup menunjukkan kesetiaannya terhadap pusat kuasa dalam Bersatu tetapi tindakan beliau membawa Che'Gu Bard berceramah di Melaka menimbulkan persoalan besar.

Chegu Bard bukan orang yang rapat dengan kem Muhyiddin. Malah beliau sendiri mengaku dan menentang Muhyiddin secara terbuka di dalam isu ‘Muhyiddin Undur’.

Jadi kenapa Mas Ermieyati memilih tokoh yang tidak selari dengan Muhyiddin untuk muncul di kubunya sendiri?

Adakah dengan menjemput Chegu Bard ke Melaka boleh dibaca sebagai isyarat bahawa Mas Ermieyati tidak mahu hanya dilabel 'yes-woman' kepada sesiapa, termasuk Muhyiddin. Beliau mungkin mahu menunjukkan bahawa beliau mempunyai rangkaiannya sendiri dan pengaruhnya sendiri?
 
Mas Ermieyati sokong Hamzah ketika menentang pemecatan dan penggantungan pemimpin PPBM tetapi malam tadi beliau datang ke rumah Muhyiddin bersama Hamzah pula. Bahaya meletakkan nasib rakyat kepada kumpulan yang gila kuasa. 
Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)