PAS Melaka Menipu: Gimik Tambah Cawangan Sekadar Propaganda Murahan

Melaka Digest
By -
0



Kononnya gah, tapi hakikatnya kosong. Begitulah drama terbaru PAS Melaka yang cuba mencipta persepsi palsu kononnya pengaruh mereka di negeri bersejarah ini semakin berkembang.


Pada 1 November 2025 lalu, PAS Melaka dengan penuh gaya mengumumkan penubuhan empat cawangan baharu di DUN Klebang kononnya hasil gelombang sokongan rakyat terhadap parti hijau itu.

Majlis diadakan di Paya Mengkuang, Bukit Rambai siap dengan pentas, ucapan dan penyerahan “frame cawangan baru” untuk tontonan media tetapi di sebalik gimik itu, hakikatnya cawangan-cawangan tersebut tidak pun mempunyai ahli sebenar dan ada hanya beberapa kerat ahli yang cukup-cukup syarat penubuhan sahaja


Sumber mengesahkan bahawa pengisytiharan itu hanyalah helah politik untuk mencipta “momentum palsu” menjelang PRN Melaka. Lebih lucu lagi, ketua cawangan yang ditampilkan dalam siaran PAS TV merupakan bekas ahli UMNO Hang Tuah Jaya yang langsung tiada pengaruh di kawasan itu.


Segalanya sekadar lakonan politik kerana orang yang sama diangkat kononnya simbol kebangkitan PAS.

Taktik sebegini bukan perkara baharu. Ia juga adalah strategi kitar semula untuk menutup kelemahan sebenar Perikatan Nasional (PN) di Melaka, terutama selepas PPBM semakin kehilangan taring dan kepimpinannya dipersoalkan di peringkat negeri.

Kini, PAS cuba menonjolkan diri sebagai “penggerak utama” dalam PN, walhal mereka sendiri sedang bergelut dengan keahlian yang kian lesu dan jentera yang tidak berfungsi di lapangan.

Lebih menggelikan, baru-baru ini PAS Melaka mendakwa kononnya telah berjaya menubuhkan 13 cawangan di DUN Rembia dan menyasarkan sebanyak 26 cawangan keseluruhan di seluruh negeri. Namun hakikatnya angka itu sekadar angka, tanpa struktur, tanpa keahlian, tanpa pengaruh.

Realitinya, rakyat Melaka tidak termakan dengan propaganda kosong. Mereka tahu membezakan antara kekuatan tulen dan persepsi murahan.

Gimik “tambah cawangan” ini hanyalah percubaan terdesak PAS Melaka untuk kelihatan relevan, sedangkan di peringkat akar umbi, sambutan terhadap mereka semakin hambar.

PAS Melaka boleh terus berangan untuk mendominasi kerusi DUN tetapi hakikat politik di Melaka tetap berpihak kepada parti yang benar-benar bekerja dan bukan yang sekadar pandai berlakon di atas pentas dan berpura-pura kuat di depan kamera.

“Parti yang benar-benar bekerja, siapa lagi..UMNO-BN lerr semua orang Melaka tahu”
Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)