Program Kecam Bekas Ketua PPBM Hang Tuah Jaya Hambar Tanpa Sokongan Pimpinan Utama

Melaka Digest
By -
0

Program yang dianjurkan untuk mengecam bekas Ketua PPBM Bahagian Hang Tuah Jaya, Mohd Azrudin Md Idris yang telah dipecat daripada parti, nyata gagal mendapat sambutan dan sokongan kepimpinan tertinggi.


Majlis yang dikatakan dirancang oleh penyokong tegar Tan Sri Muhyiddin Yassin itu berlangsung dalam suasana hambar tanpa kehadiran mana-mana pemimpin kanan PPBM sama ada dari peringkat negeri Melaka mahupun pusat.

Yang hadir hanyalah segelintir ahli jawatankuasa bahagian, beberapa ketua cawangan, serta sebahagian kecil ahli akar umbi PPBM Hang Tuah Jaya. Tiada kehadiran daripada tokoh besar seperti Datuk Mas Ermieyatie Samsudin yang juga merupakan pimpinan utama PPBM Melaka, sekaligus memperlihatkan betapa lemahnya solidariti dalam kalangan kepimpinan negeri terhadap program berkenaan.

Menurut seorang ahli cawangan yang hadir, ramai peserta sebenarnya tidak tahu tujuan sebenar perhimpunan itu.

“Kami tidak diberitahu dengan jelas tujuan perjumpaan ini. Rupa-rupanya hanya untuk membodek Muhyiddin Yassin,” katanya dengan nada kecewa.

Sumber dalaman mendedahkan bahawa peserta telah diarah untuk mengecam tindakan Mohd Azrudin yang sebelum ini mengeluarkan kenyataan dianggap berbaur fitnah dan menghasut ahli-ahli PPBM supaya menentang kepimpinan Tan Sri Muhyiddin. Namun, arahan itu nampaknya tidak berjaya menimbulkan semangat di kalangan ahli.

Ketiadaan pimpinan utama dan sambutan dingin ahli akar umbi memperlihatkan hakikat sebenar perhimpunan tersebut bukan manifestasi perjuangan parti sebaliknya lebih menyerlahkan perpecahan dalaman dan budaya “mengampu” dalam kalangan penyokong setia Muhyiddin.

Pemerhati politik tempatan melihat kegagalan program ini sebagai tanda jelas bahawa pengaruh Muhyiddin di Melaka semakin pudar, sementara sentimen akar umbi pula kian muak dengan politik dalaman dan tindakan tidak berprinsip dalam PPBM negeri itu.

Dengan perkembangan ini, masa depan PPBM Melaka dilihat semakin goyah apabila ahli-ahli sendiri mula hilang arah dan kepercayaan terhadap kepimpinan sedia ada.

Malah Mas Ermieyatie sendiri berpihak kepada Hamzah Zainuddin di dalam isu pemecatan Ketua PPBM Bahagian Hang Tuah Jaya, Mohd Azrudin Md Idris.

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)