PAS Melaka: Tiada Dalil Mengatakan Sedekah Untuk Jentera Pilihan Raya Adalah Amal Soleh

Melaka Digest
By -
0

Kenyataan yang dimuat naik di laman rasmi Facebook PAS Melaka mencetuskan kekeliruan besar dalam kalangan masyarakat Islam. Dalam hantaran tersebut, PAS Melaka mengajak orang ramai untuk menyumbang melalui ‘Infaq Sedekah Subuh’ dengan sasaran dana RM50,000 bagi membantu gerak kerja pilihan raya di Sabah.



Antara kenyataan yang dikongsikan ialah:


“Semoga setiap sen yang diinfaqkan menjadi saksi amal soleh, membawa keberkatan dan membuka jalan kemenangan kepada calon Perikatan Nasional, demi menawarkan pentadbiran yang berintegriti dan bertanggungjawab.”

Namun, frasa “amal soleh” yang dikaitkan dengan sumbangan kepada jentera pilihan raya menimbulkan persoalan serius tentang asas dan kesahihan dakwaan tersebut dari sudut hukum syarak.

Hakikatnya, tiada dalil, nas, mahupun sirah Rasulullah SAW yang menyokong bahawa memberi sumbangan kepada jentera politik boleh dikategorikan sebagai amal soleh yang menjamin pahala atau keberkatan.

Sedekah dan infaq dalam Islam adalah perbuatan yang sangat dituntut tetapi tujuannya mestilah jelas iaitu membantu fakir miskin, anak yatim, perjuangan agama yang sahih atau maslahat ummah secara umum.

Mengaitkan infaq untuk dana politik dengan ganjaran amal soleh tanpa asas yang kukuh bukan sahaja boleh mengelirukan umat malah berpotensi menimbulkan fitnah terhadap agama.

Islam tidak boleh dijadikan alat untuk meraih keuntungan politik atau dana pilihan raya.

Seruan seperti ini juga boleh menimbulkan ketegangan sesama umat Islam apabila ajaran agama disalah tafsir untuk kepentingan parti atau calon tertentu.

Oleh itu PAS Melaka diseru agar menghentikan penggunaan ‘dalil politik’ yang tidak berasaskan ilmu dan sumber sahih.

Umat Islam di Malaysia, termasuk di Melaka berhak mendapat penerangan agama yang bersih daripada pengaruh politik kepartian dan Majlis Agama Islam Melaka wajar mengambil perhatian serius terhadap perkara seumpama ini.

Agama adalah panduan hidup dan bukan instrumen kempen. Jika benar perjuangan politik ingin berteraskan Islam, maka asasnya mestilah berpijak pada kebenaran ilmu dan keikhlasan bukan manipulasi istilah suci untuk meraih undi.

Pengundi di Sabah juga disarankan tolak kempen politik dengan menunggang Islam.
Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)