PAS Melaka dilihat tegas menolak sebarang kemungkinan menerima Datuk Seri Azmin Ali sebagai peneraju baharu Perikatan Nasional (PN) sekiranya Tan Sri Muhyiddin Yassin berundur daripada jawatan Pengerusi.
Sumber ‘war-room’ menyatakan bahawa pendirian tersebut dibuat secara konsensus oleh kepimpinan PAS negeri yang diketuai oleh ahli parlimen Jasin Hj Zulkifli, figura yang cukup dikenali dalam kalangan ahli PAS Melaka dengan imejnya sebagai ‘pakar doa qunut nazilah’.
Menurut sumber itu lagi, walaupun terdapat desas-desus bahawa Datuk Seri Hamzah Zainudin mungkin berdepan tindakan disiplin dalaman parti tapi kedudukan beliau masih dianggap lebih kukuh dan “selamat” berbanding Azmin.
Malah, kepimpinan tertinggi PAS termasuk Presiden, Tan Sri Abdul Hadi Awang, turut menyuarakan keselesaan untuk bekerjasama dengan Hamzah. PAS dikatakan tidak mempunyai halangan sekiranya Hamzah dilantik menggantikan Muhyiddin sebagai Pengerusi PN.
“PAS tidak akan sesekali menyokong Azmin. Skandal semburit Azmin-Haziq masih segar dalam ingatan rakyat dan menjadi beban imej kepada PN. Kalau dibandingkan, ‘cacat’ Hamzah hanyalah kecil, melibatkan isu anaknya dengan skandal menyeludup minyak masak paket. Itu lebih mudah ditangani,” kata sumber tersebut.
Dalam konteks politik Perikatan, PAS Melaka menegaskan bahawa kestabilan dan kredibiliti kepimpinan amat penting bagi memastikan sokongan akar umbi tidak terhakis. “Mudarat kecil melantik Hamzah jauh lebih baik daripada mudarat besar jika Azmin memimpin,” ujar sumber itu lagi.
Dengan pendirian yang semakin jelas, perkembangan ini dilihat bakal mengukuhkan blok sokongan terhadap Hamzah Zainudin di dalam PPBM dan PN, sementara peluang Azmin untuk memimpin arus utama politik parti semakin pudar.
