Isu pelantikan Mas Ermieyati sebagai Pengerusi Perikatan
Nasional (PN) Melaka kini semakin membara dan menimbulkan perdebatan hangat
dalam kalangan akar umbi PN sendiri terutamanya di platform dan forum pro-PN.
Apa yang bermula sebagai pertikaian dalaman kini bertukar menjadi gelombang kekecewaan terbuka malah sindiran tajam terhadap kepimpinan PAS dan PPBM semakin kedengaran.
Beberapa penyokong tegar PAS dan bekas ahli PPBM Melaka yang pernah dikenakan tindakan tatatertib oleh PPBM pusat tampil bersuara lantang.
Mereka menegaskan bahawa keputusan Tan Sri Muhyiddin Yassin melantik Mas Ermieyati bukan sahaja “salah langkah” tetapi juga mencerminkan kegagalan membaca realiti politik akar umbi Melaka.
“Kami sayangkan Perikatan Nasional tapi tindakan Muhyiddin kali ini memang silap besar. Mas Ermieyati bukan tokoh yang sepatutnya jadi Pengerusi PN Melaka. Orang yang lebih layak ialah Tuan Guru Haji Zulkifli,” tegas seorang penyokong PAS dalam satu sesi perbincangan tertutup.
Tokoh yang dimaksudkan, YB Haji Zulkifli bukan sekadar Ahli Parlimen Jasin tetapi beliau dilihat sebagai figura agama yang menjadi lambang spiritual dalam setiap gerakan PN itu sendiri. Malah, di kalangan penyokong, beliau digelar “Tokoh Qunut PN” kerana sering membacakan doa Qunut Nazilah dalam pelbagai demonstrasi dan himpunan penting di Kuala Lumpur.
“Bayangkan, setiap kali ada demo, YB Haji Zulkifli akan pimpin doa qunut. Itu bukti beliau lebih alim daripada sebahagian besar ulama PAS yang hanya tahu berpolitik tanpa hikmah,” sindir seorang lagi penyokong PAS dengan nada sinis.
Nada kekecewaan itu disambung oleh bekas ahli PPBM yang memperkenalkan diri sebagai Ali Umbai, seorang aktivis akar umbi dari Melaka Tengah.
“Tuan Guru Zulkifli ini bukan calang-calang orang. Beliau dihormati di peringkat nasional dan dilihat bakal menggantikan Tuan Guru Hadi Awang satu hari nanti. Tapi malangnya, orang macam ini diketepikan hanya kerana politik dalaman.”
Kritikan itu secara tidak langsung menampar muka kepimpinan PAS sendiri yang dilihat gagal mempertahankan tokoh-tokoh agamawan dalam gabungan PN.
Ironinya, parti yang mengangkat slogan “Islam Memimpin” kini berdepan persepsi bahawa ia sendiri tunduk kepada kehendak politik PPBM.
Sementara itu, suara akar umbi semakin lantang, mereka mahukan PN Melaka dipimpin oleh tokoh yang dihormati, bukan sekadar boneka politik atau “penenang isu gender” seperti Mas Ermieyati. Dalam kalangan penyokong, gelaran sinikal mula menular – “Pesuruhjaya PAS sekarang hanya layak baca Qunut Nazilah saja”, menggambarkan kekecewaan mendalam terhadap kepimpinan yang dilihat hilang taring dan arah.
Akhirnya, Pembaca Qunut PAS kalah dengan ‘Lembu Betina’ PPBM!
