![]() |
| Rahim kena game? |
Kecoh di media sosial semalam apabila tular surat sokongan terbuka beberapa ahli parlimen serta ketua bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) terhadap dua tokoh kontroversi parti itu, Wan Saiful Wan Jan dan Wan Ahmad Fayhsal. Surat tersebut secara terbuka mendesak Tan Sri Muhyiddin Yassin agar menarik balik hukuman terhadap kedua-dua mereka serta beberapa ketua bahagian lain yang digantung keahlian.
Namun yang paling mencuri perhatian ialah nama Datuk Mas Ermieyati Samsudin, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Melaka yang baharu dilantik sendiri oleh Muhyiddin juga turut tersenarai dalam kumpulan yang menyokong gerakan mendesak itu.
Menurut sumber dalaman PPBM Melaka, tindakan Mas Ermieyati itu sebenarnya tidak mengejutkan. “Beliau pernah tikam belakang orang yang berjasa dengannya sebelum ini. Jadi apabila lihat beliau menyokong Hamzah Zainuddin dalam kem ini, kami tidak hairan,” ujar seorang ahli PPBM Melaka yang enggan namanya disiarkan.
![]() |
| Dulu sokong Muhyiddin |
Mas Ermieyati bukan nama asing dalam politik Melaka. Pernah menumpang tiket dan kekuatan UMNO-BN sehingga menang dalam pilihan raya, beliau kemudiannya meninggalkan parti UMNO, langkah yang hingga kini dianggap ‘belot’ oleh ramai penyokong akar umbi.
Kini dalam PPBM, episod serupa seakan berulang apabila beliau didakwa melobi untuk menjadi Pengerusi PN Melaka walaupun nama yang disebut-sebut sebelum ini ialah Tan Sri Rahim Tamby Chik.
Lebih menarik, sebelum pelantikannya, Mas Ermieyati pernah mengeluarkan kenyataan menghormati Rahim dan memberi bayangan kononnya beliau akan menyokong Rahim sebagai calon Pengerusi PN Melaka. Namun akhirnya, jawatan tersebut jatuh ke tangannya sendiri menimbulkan tanda tanya sejauh mana keikhlasan kenyataan terdahulunya.
Bagi penduduk Masjid Tanah, Mas Ermieyati bukan sekadar dikenali sebagai ahli politik licik tetapi turut digelar “YB Menenggek” iaitu satu gelaran sinis yang diberikan kerana tabiatnya didakwa gemar menumpang hasil kerja orang lain dan mengaku sebagai usahanya sendiri.
Kini, langkah menyokong kem Hamzah memperkukuh persepsi bahawa Mas Ermieyati bukan sekadar oportunis tetapi juga pemain politik yang tahu mengalihkan kesetiaan mengikut arus kuasa.
Bagi ramai pemerhati, tindakan ini bukan sekadar menunjukkan perpecahan dalaman PPBM tetapi juga memperlihatkan wajah sebenar politik dalam PPBM-PN di mana kesetiaan mudah dijual beli dan prinsip sering dikorbankan demi jawatan serta pengaruh.
Kesimpulannya, gerakan menyokong Hamzah Zainuddin dan menentang keputusan Muhyiddin ini mungkin menjadi titik tolak kepada satu lagi episod retak dalam PPBM. Namun bagi rakyat Melaka, khususnya di Masjid Tanah, cerita tentang Mas Ermieyati sudah lama mereka kenal wajah ‘conman’ ini.
Melaka Digest akan cuba dapatkan pandangan PAS Melaka berhubung isu ini.



