Ratusan Ahli PGRS Sertai UMNO, Nyatakan Sokongan Terbuka Kepada Datuk Suhaimi Nasir

Melaka Digest
By -
0

Parti Gabungan Rakyat Sabah (PGRS) berdepan tamparan besar apabila Timbalan Ketua Bahagian Libaran merangkap Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Sungai Sibuga, Emran Elan, mengumumkan keluar parti bersama lebih 300 ahli, termasuk barisan pemuda bagi menyertai UMNO dan menyatakan sokongan penuh kepada calon Barisan Nasional (BN), Datuk Suhaimi Nasir.


Menurut Emran, keputusan itu dibuat selepas hilang sepenuhnya kepercayaan terhadap kepimpinan GRS di peringkat kawasan yang disifatkannya gagal menampilkan kepimpinan berjiwa rakyat.

“Saya menyokong penuh kepimpinan calon BN, Datuk Suhaimi Nasir kerana kami sudah hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan PGRS di Sungai Sibuga.
Saya sudah lama memperjuangkan parti sebagai timbalan bahagian tetapi hari ini saya melihat kepimpinan BN jauh lebih matang, mesra rakyat dan berkesan,” katanya.

Emran turut menegaskan bahawa pendekatan kepimpinan Datuk Suhaimi menjadi faktor utama beliau terpanggil menyertai UMNO. Katanya, gaya kepimpinan Suhaimi lebih dekat dengan masyarakat, selain komited turun padang dan mendengar suara rakyat.

“Pendekatan BN jauh berbeza. Pemimpinnya turun padang, mendengar masalah rakyat, bukan hanya berpolitik. Rakyat perlukan kepimpinan seperti ini yang mampu memayungi semua lapisan masyarakat,” ujarnya.

Langkah Emran bersama ratusan ahli lain dilihat sebagai satu gelombang sokongan baharu di Sungai Sibuga, sekali gus memperkukuh jentera BN menjelang fasa kedua kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.
Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)