Kenyataan ADUN PAS Beserah, Andansura Rabu yang melabelkan banjir melanda Pahang sebagai berpunca daripada “kegagalan merancang” memperlihatkan satu pendekatan politik yang cetek, selektif dan tidak bertanggungjawab.
Lebih malang, ia datang daripada seorang wakil rakyat yang seharusnya memahami realiti tadbir urus, faktor alam sekitar serta kerumitan pengurusan bencana, bukan sekadar melontar kenyataan tidak cerdik untuk meraih perhatian politik.
Jika logik Andansura Rabu ini diterima pakai, maka persoalan wajar diajukan, adakah banjir besar yang saban tahun melanda Kelantan, Terengganu dan Kedah iaitu negeri-negeri yang ditadbir PAS juga boleh disimpulkan sebagai kegagalan merancang? Atau adakah bencana di negeri sendiri akan segera ditafsir sebagai “ujian dari Allah”, manakala bencana di negeri lain dilabel sebagai kegagalan pentadbiran? Inilah bentuk naratif dwi-standard yang semakin ketara dan memualkan.
Hakikatnya, isu banjir di Malaysia tidak boleh dipermudah dengan retorik politik. Ia melibatkan pelbagai faktor kompleks termasuk perubahan iklim global, taburan hujan luar biasa, fenomena pasang besar, pembangunan lama yang tidak direka untuk cuaca ekstrem, serta keupayaan infrastruktur sedia ada. Tiada satu pun negeri di Malaysia yang kebal daripada risiko ini, tanpa mengira siapa pemerintahnya.
Lebih membimbangkan, kenyataan seperti ini bukan sahaja mengelirukan rakyat, malah mencerminkan kegagalan empati seorang wakil rakyat terhadap mangsa banjir. Ketika rakyat bergelut menyelamatkan nyawa dan harta benda, perkara yang mereka perlukan ialah kepimpinan yang tenang, penyelesaian berfakta dan kerjasama rentas parti bukannya tuduhan rambang yang mempolitikkan musibah.
Sebagai ADUN, Andansura Rabu seharusnya beliau tahu bahawa bencana alam tidak memilih parti, warna politik atau ideologi. Tetapi sikap terhadap bencana mendedahkan nilai sebenar seorang pemimpin. Dalam hal ini, kenyataan “banjir kerana gagal merancang” bukan sahaja gagal membantu mangsa, malah menelanjangkan kegagalan pemikiran politik yang sempit dan tidak matang.
Di Melaka ada ADUN PAS yang tidak pedulikan lebih 400 aduan, baca di SINI

