BN Tidak “Tebal Muka”

Melaka Digest
By -
0



Tuduhan liar dengan naratif jahat yang sedang dibina oleh musuh politik bahawa Barisan Nasional (BN) kononnya “menebalkan muka” untuk menyertai Kabinet Sabah hanyalah persepsi dangkal yang tidak berpijak pada fakta.


Hakikatnya, setiap parti yang menyokong Datuk Seri Hajiji Noor telah diminta sendiri oleh Tuan Yang Terutama (TYT) Sabah untuk mengemukakan nama calon bagi pembentukan kabinet baharu.

Ini bukan soal malu atau tidak tetapi soal tatakelola, mandat dan kestabilan.

Apabila tiada satu parti pun menang majoriti dalam PRN Sabah, tanggungjawab TYT ialah memastikan kerajaan negeri dapat dibentuk dengan segera dan stabil. Oleh itu, semua parti yang menyokong kerajaan termasuk BN perlu menghantar nama calon, sebagai sebahagian proses rasmi rundingan dan pembentukan pentadbiran.

Ini prosedur standard apabila tiada parti yang memperolehi majoriti untuk menubuhkan kerajaan di Sabah. Ia bukan keistimewaan kepada BN, bukan juga penghinaan kepada GRS.

Perlu diingat bahawa faktanya ialah lebih separuh pengundi Sabah tidak mengundi GRS dan lebih separuh juga rakyat Sabah tidak mengundi Warisan.

Ini bermakna tiada parti mempunyai ‘standing moral’ untuk mendabik dada, seolah-olah hanya mereka yang layak menentukan hala tuju kerajaan negeri.

Kerajaan Sabah hari ini terbentuk semata-mata kerana kerjasama politik, bukan kerana kemenangan bersih dan total mana-mana parti.

BN mungkin tidak menang banyak kerusi tetapi realiti politik Sabah menunjukkan tiada kerajaan stabil boleh dibentuk tanpa sokongan blok besar yang mempunyai pengalaman pentadbiran dan BN masih menjadi faktor penentu, terutamanya dalam memastikan pemerintahan tidak terumbang-ambing oleh konflik dalaman.

Sebab itu BN dipanggil untuk menyumbang calon kerana Sabah perlukan kestabilan, bukan kerana BN meminta-minta.

Kerjasama antara GRS, BN dan rakan-rakan lain adalah satu-satunya jalan untuk membawa Sabah keluar daripada kepompong perbalahan politik yang tidak berkesudahan.
Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)