Menjawab “PAS Kenderaan Berjuang Menegakkan Islam Di Malaysia"

Melaka Digest
By -
0



Kenyataan bahawa PAS hanyalah “kenderaan” atau alat perjuangan untuk menegakkan Islam di Malaysia, seperti yang ditegaskan oleh Idris Hj Ahmad selaku Naib Presiden PAS dan Pesuruhjaya PAS Perak, menuntut satu penelitian yang lebih jujur dan berprinsip. Jika benar PAS sekadar wadah kepada perjuangan Islam, maka ukuran keberkesanannya tidak boleh terhenti pada slogan dan simbol, sebaliknya mesti dinilai melalui akhlak, integriti dan kepatuhan kepada prinsip syariah oleh para pemimpinnya.


Hakikat yang tidak boleh dinafikan ialah, dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini, terlalu banyak kes fitnah melibatkan pimpinan PAS di pelbagai peringkat telah diputuskan oleh mahkamah. Ada yang kalah saman dan diarahkan membayar ganti rugi, ada yang memilih untuk memohon maaf sebagai tanda pengakuan salah. Ini bukan persepsi politik atau naratif musuh, tetapi rekod kehakiman yang sah dan terbukti.


Islam meletakkan fitnah sebagai dosa besar. Al-Quran dan Sunnah dengan jelas mengharamkan perbuatan menyebarkan tuduhan palsu, apatah lagi apabila ia dilakukan oleh pemimpin yang memposisikan diri sebagai pendakwah dan pejuang agama. Fitnah bukan sahaja merosakkan individu yang difitnah, tetapi mencemarkan maruah Islam itu sendiri apabila ia dijadikan alat meraih sokongan politik.


Rekod kronologi berikut memberi gambaran yang jelas dan membimbangkan, benarkah ini?

25 Feb 2014- Abdul Hadi Awang, diperintahkan membayar ganti rugi RM2 juta kepada calon PKR DUN Bukit Besi Encik Mohd Shamsul Mat Amin berhubung kes saman fitnah

22 Jun 2016 – YDP PAS Padang Serai mohon maaf kepada DAP kerana fitnah DAP larang azan di Pulau Pinang
 
11/10/2016- Ketua Penerangan PAS Ustaz Nasrudin Tantatawi mohon maaf kepada Lim Guan Eng kerana fitnah isu terowong pulau pinang
 
25 Jan 2017 – Hasan Ali kalah saman Fitnah RM200,000 terhadap YB Khalid Samad kerana memfitnah YBKH menentang hukum syarak dan menyokong penjualan arak.
 
20 Jun 2017- Razman Zakaria PAS mengemukakan permohonan maaf secara terbuka di atas tindakannya memuat naik poster fitnah memburuk burukkan DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH)
 
10 Nov 2017 – Bendahari Agung dan Pesuruhjaya PAS Perak kalah saman Fitnah RM200,000 terhadap DS Nizar
 
26 Jun 2018 – Ahli Dewan Ulama PAS Che Masri kalah Saman Fitnah terhadap Husam Musa berhubung tuduhan Seleweng Tanah
 
7 Sept 2018 – Cybertroopers PAS Herman Samsudeen memohon Maaf dalam Mahkamah kerana memfitnah Dato Mahfuz menerima dana UMNO
 
25 Ogos 2018 – Muslimah PAS Wan Asshima terpaksa memohon maaf kepada YB Khalid Samad kerana fitnah meluluskan pesta Gay. YB Khalid tekad teruskan saman
 
22 Jun 2016 – YDP PAS Padang Serai mohon maaf kepada DAP kerana fitnah DAP larang azan di Pulau Pinang
 
11/10/2016- Ketua Penerangan PAS Ustaz Nasrudin Tantatawi mohon maaf kepada Lim Guan Eng kerana fitnah isu terowong Pulau Pinang
 
31 Jan 2019 – Hadi kalah saman dengan SR Report dan bayar Rm1.4 juta dengan Claire
 
26 Jun 2019 – Wan Zawawi Wan Ismail (PAS) kalah saman kerana memfitnah Hj Husam Musa terima duit DAP dan Tauke Judi. Pemfitnah merupakan Ahli Lajnah Politik dan Pilihan Raya Pas Kelantan semasa tuduhan dibuat
 
26 Feb 2020 – Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok DAP memperoleh ganti rugi RM80,000 selepas memenangi kes saman fitnah difailkannya terhadap Syarhan Humaizi Abdul Halim berhubung penerbitan artikel Anti Islam di dalam akaun Facebook milik Ketua Pemuda Pas Selangor itu tahun lepas
 
21 May 2020 – Editor Sarawak Report, Clare Recastle Browm Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Awang dikenakan bayaran sehingga 2.5 juta pound (RM13.2 juta) oleh firma guaman beliau dalam kes saman mereka di England
 
9 Jul 2020 – Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Ustaz Mohamed Hafiz Mohamed Nordin pula kalah saman fitnah gagal mendapat kebenaran Mahkamah Persekutuan untuk merayu terhadap perintah membayar ganti rugi RM100,000 kepada peguam Eric Paulsen
 
10 Feb 2021- Saman fitnah Husam Musa terhadap bekas pengetua sekolah agama di Kelantan Masri Che Yusoff PAS dan menetapkan nilai lebih tinggi Peguam Faiz Fadzil berkata mahkamah menetapkan nilai ganti rugi baru sebanyak RM150,000, dengan kos RM5,000
 
07 Aug 2023 - Pengasas Kumpulan Berjaya, Tan Sri Vincent Tan mengemukakan saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dengan menuntut pampasan ganti rugi sebanyak RM200 juta.
 
23 Jan 2025 - Ahli Parlimen Kepala Batas, Siti Mastura Muhammad telah menyelesaikan pembayaran saman fitnah sebanyak RM830,034.75 dalam bentuk ganti rugi dan kos guaman (termasuk faedah) kepada tiga pemimpin DAP, Tan Sri Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Teresa Kok.
 
28 Jan 2025 - Razman Zakaria yang memiliki lebih daripada 10 saman fitnah, akhirnya telah memohon maaf kepada Hannah Yeoh kerana memfitnah kononnya 
 
Hannah Yeoh sebagai anak orang kaya YTL.
24 Apr 2025 - Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Fauzi Yusoff mengemukakan permohonan maaf kepada Ahli Parlimen DAP RSN Rayer di mahkamah serta membayar RM 10,000 kos guaman yang menjadi sebahagian penyelesaian saman fitnah dibuat ketika berceramah, dua tahun lalu.

Persoalan asas yang perlu dijawab secara berani ialah: jika PAS benar-benar sekadar kenderaan perjuangan Islam, mengapa “kenderaan” ini berulang kali dipandu dengan cara yang melanggar hukum Islam itu sendiri? Adakah fitnah kini dianggap strategi politik yang dihalalkan atas nama matlamat? Jika demikian, maka yang dikorbankan bukan sahaja lawan politik, tetapi kredibiliti Islam sebagai agama keadilan dan kebenaran.

Perjuangan Islam tidak memerlukan fitnah sebagai bahan bakar. Ia menuntut kejujuran, amanah dan keberanian mengakui kesilapan. Jika PAS ingin terus mengangkat dirinya sebagai wadah Islam, pembetulan menyeluruh mesti bermula dari dalam—disiplin parti yang tegas terhadap fitnah, budaya politik berasaskan fakta, serta kepimpinan yang menunjukkan teladan akhlak, bukan sekadar kepetahan berpidato.

Akhirnya, kenderaan apa pun nilainya ditentukan oleh arah tuju dan cara ia dipandu. Jika hala tuju adalah Islam, maka jalannya mesti selari dengan akhlak Islam. Tanpa itu, slogan perjuangan hanya tinggal retorik, dan Islam terus menjadi mangsa kepada permainan politik yang sempit.
Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)