Peguam Bina Naratif Tiga Penjenayah Ditembak Mati Sebagai “Kes Bunuh”?

Melaka Digest
By -
0

Kenyataan seorang peguam yang mendakwa kononnya polis tidak mengklasifikasikan insiden tembakan di Melaka sebagai “kes bunuh” bukan sahaja mengelirukan, malah boleh menimbulkan persepsi salah terhadap integriti pasukan keselamatan negara.


Tuduhan sebegini memberi gambaran seolah-olah polis bertindak di luar batas undang-undang, sedangkan fakta awal siasatan menunjukkan elemen ancaman nyata, kecederaan terhadap anggota, serta kaitan tiga individu terbabit dengan siri jenayah yang serius.

Ini kenyataan terkini peguam:


Lawyer Rajesh Nagarajan, who is representing the families of three men shot dead by police in Malacca last month, has said that he fears for his own life because of his race.

He said he is “afraid to go home late at night”, pointing to the police’s refusal to classify the Malacca incident as a murder under Section 302 of the Penal Code, even after Prime Minister Anwar Ibrahim ordered that the investigation be conducted with full transparency.


(Beliau berkata beliau “takut untuk pulang lewat malam”, merujuk kepada keengganan polis mengklasifikasikan insiden di Melaka itu sebagai kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, walaupun Perdana Menteri Anwar Ibrahim telah mengarahkan siasatan dilakukan dengan penuh ketelusan). sumber

Mungkin peguam tersebut lupa atau sengaja melupakan bahawa dalam apa jua keadaan, pihak polis tidak boleh dan tidak pernah boleh mengklasifikasikan sesuatu kes hanya mengikut kehendak mana-mana pihak yang berkepentingan.

Setiap laporan perlu melalui penilaian undang-undang, bukti di lokasi kejadian, saksi, rakaman kamera, forensik balistik dan maklumat risikan sebelum sebarang klasifikasi dibuat. Prosesnya teknikal, profesional dan tertakluk kepada standard penyiasatan, bukannya tekanan retorik luar.

Kenyataan yang mendesak agar kes itu terus dilabel sebagai “kes bunuh” membawa motif tertentu iaitu memaksakan naratif bahawa polis telah bertindak salah, tanpa menunggu hasil siasatan lengkap.

Lebih berat lagi, ia seakan menutup mata terhadap fakta bahawa salah seorang suspek menyerang anggota polis dengan parang sehingga menyebabkan kecederaan, satu bentuk ancaman maut yang memerlukan tindakan balas serta-merta untuk melindungi nyawa anggota bertugas.


Tambahan pula, ketiga-tiga individu tersebut bukanlah orang awam yang tersilap langkah. Maklumat awal polis mengaitkan mereka dengan beberapa siri rompakan(pecah rumah) berskala besar melibatkan kerugian RM1.3 juta.


Soalannya kini jelas, dengan rekod jenayah sebegitu berat, adakah wajar masyarakat digertak dengan naratif seolah-olah mereka hanyalah “mangsa” dan tindakan pasukan polis pula diletakkan pada kedudukan bersalah sebelum siasatan selesai?

Tugas polis bukan mudah. Setiap hari mereka berdepan penjenayah yang bersenjata, agresif dan tidak teragak-agak mencederakan orang awam mahupun anggota keselamatan. Ketika masyarakat tidur lena, merekalah yang berada di barisan hadapan menahan risiko sebenar. Menuduh mereka sewenang-wenangnya melakukan pembunuhan tanpa bukti kukuh bukan sahaja tidak adil, malah mampu melemahkan kepercayaan rakyat terhadap institusi keselamatan.

Keadilan tidak boleh dicapai dengan tekanan persepsi. Ia hanya boleh dicapai melalui siasatan menyeluruh, profesional dan bebas daripada unsur sensasionalisme. Jika benar ada salah laku, biarlah fakta membuktikannya, bukan naratif yang digerakkan melalui andaian dan ketakutan. Dalam masa yang sama, rakyat tidak boleh dikelirukan dengan gambaran salah bahawa penjenayah tegar adalah mangsa dan anggota polis yang mempertahankan diri serta keselamatan umum pula perlu dipersalahkan.

Kes keselamatan awam wajib dinilai dengan akal bukan emosi. Negara memerlukan keberanian untuk menyokong pasukan keselamatan apabila mereka bertindak dalam ruang undang-undang, dan ketegasan untuk mengkritik hanya apabila bukti menuntut demikian. Bukan sebaliknya.

Pelik juga bila peguam menggunakan ayat “I'm Indian, I fear being shot”. Bukankah ini satu bentuk naratif yang berbahaya?

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)