Pengganti Menteri Besar Perlis Dari PAS

Melaka Digest
By -
0



Khabar angin dari Perlis semakin kuat dan mula mencuri perhatian pemerhati politik negeri. Nama Azmir Azizan kini disebut-sebut sebagai calon pengganti Menteri Besar Perlis daripada PAS susulan dakwaan wujud persetujuan dalaman di peringkat tertinggi parti.


Menurut sumber yang dianggap mempunyai akses kepada rundingan tertutup, YAB Menteri Besar Perlis, Cikgu Shukri Ramli, dikatakan telah bersetuju dengan pencalonan Azmir Azizan sebagai pengganti?

Lebih menarik, persetujuan itu didakwa dicapai hasil rundingan yang berlangsung di Jordan baru-baru ini, satu lokasi yang secara simboliknya memberi isyarat bahawa perbincangan tersebut bukan bersifat ‘biase-biase’.

Jika dakwaan ini benar, ia membawa mesej politik yang besar. Pertama, ia mengesahkan wujudnya pelan peralihan kuasa yang tersusun dalam PAS Perlis, sekali gus menafikan naratif bahawa sebarang perubahan kepimpinan berlaku secara mendadak atau terpaksa.

Kedua, ia menunjukkan PAS bersedia mengurus kuasa secara dalaman tanpa tunduk kepada tekanan rakan sekutu, BERSATU Perlis yang dilihat semakin lantang menuntut pengaruh.

Nama Azmir Azizan sendiri bukan asing dalam kalangan jentera PAS negeri. Beliau dikenali sebagai figura yang mempunyai hubungan baik dengan kepimpinan pusat serta dilihat mampu mengekalkan kesinambungan pentadbiran sedia ada tanpa menggoncang kestabilan politik PAS di Perlis. Dalam bahasa politik, Azmir dianggap “selamat”, tidak terlalu kontroversi tetapi cukup diterima oleh struktur parti walaupun ada pihak mendakwa beliau gagal ketika diamanahkan sebagai EXCO sebelum ini.

Namun begitu, sehingga kini tiada pengesahan rasmi daripada PAS Perlis mahupun Menteri Besar sendiri. Seperti biasa, PAS suka menutup kelemahan mereka sementara khabar angin dibiarkan menguji reaksi akar umbi dan rakan politik.

Apa yang pasti, jika peralihan ini benar-benar berlaku, ia bukan sekadar pertukaran individu tetapi isyarat jelas bahawa PAS tidak berniat menyerahkan Perlis kepada sesiapa. Kuasa akan kekal di tangan parti yang merasakan merekalah pemenang sebenar pilihan raya, bukan sekadar penumpang dalam gabungan.

Benarlah kata Sanusi, dalam Perikatan Nasional mereka lebih dari BERSATU dalam semua hal.

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)