Nada Tony Pua terhadap isu “penyangak” dan “pencinta penyangak” kedengaran lantang. Namun persoalan yang wajar diajukan adalah jika kebencian itu benar-benar prinsip, mengapa DAP masih selesa berada dalam kerajaan Madani yang turut dianggotai pihak yang samammereka labelkan sedemikian?
Di sinilah autanya politik DAP terserlah. Di pentas wacana, pemimpin yang sudah suam-suam kuku galak menghidupkan semula naratif moral mengutuk, mengecam dan menghina bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak seolah-olah DAP adalah parti politik paling suci. Namun dalam realiti, DAP tidak kelihatan tergesa-gesa memutuskan hubungan dengan UMNO-BN yang mereka sendiri cap sebagai “pencinta penyangak”.
Jika Tony Pua benar-benar konsisten, jalan keluarnya mudah dan jelas, desak DAP menarik diri daripada kerajaan Madani. Tindakan itu bukan sahaja akan membuktikan kejujuran prinsip, malah memaksa parti itu berdiri atas pendirian sendiri tanpa bergantung kepada kompromi kuasa tetapi hakikatnya, desakan sebegitu tidak kedengaran, yang kedengaran hanyalah suara dari kumpulan pro Lim Kit Siang dan Guan Eng sahaja.
Akhirnya, persoalan ini bukan tentang Najib Razak semata-mata. Ia tentang kejujuran politik. Tony Pua dan DAP perlu memilih sama ada benar-benar memutuskan hubungan dengan apa yang mereka labelkan sebagai “penyangak” atau malu untuk mengakui bahawa Najib Razak adalah talian hayat kumpulan mereka untuk terus relevan pada pandangan penyokong kedua beranak itu.
Semua orang tahu siapa Tony Phua ketika Guan Eng sebagai Menteri dahulu.
