Perlis: Ada Sesuatu Yang Disembunyikan Apabila 3 ADUN PAS Tidak Percayakan Shukri?

Melaka Digest
By -
0


foto dari sumber berita SINI

Keputusan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS yang dilaporkan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Mohd Shukri Ramli ketika beliau masih memegang jawatan Menteri Besar Perlis menimbulkan persoalan besar yang sehingga kini masih belum terjawab secara tuntas. Perkembangan ini bukan sahaja luar biasa dalam konteks disiplin parti, malah mencetuskan tanda tanya sama ada wujud isu serius yang cuba disembunyikan daripada pengetahuan umum.


Tiga ADUN PAS tersebut ialah Saad Seman (Chuping), Anwar Ismail (Bintong), dan Ridzuan Hashim (Guar Sanji), baca di SINI.

Dalam kalangan pemerhati politik negeri, tindakan tiga ADUN PAS itu dilihat bukan bersifat spontan atau berasaskan perbezaan kecil. Sebaliknya, ia dipercayai berpunca daripada rangkaian ketidakpuasan hati yang telah lama terpendam, khususnya berkaitan gaya kepimpinan Shukri yang dikatakan semakin menjauh daripada adab hubungan dengan Istana Perlis.

Antara isu yang sering diperkatakan secara tertutup ialah dakwaan bahawa Shukri gagal menunjukkan kepekaan dan penghormatan sewajarnya terhadap Istana termasuk dalam beberapa keputusan dan tindakan penting sebagai Menteri Besar. Lebih mengundang persoalan, lawatan ke luar negara yang dilakukan baru-baru ini dan sebelumnya dikatakan tidak membawa sebarang hasil konkrit atau manfaat jelas kepada pembangunan negeri Perlis? Malah, terdapat dakwaan bahawa perjalanan tersebut tidak dimaklumkan secara rasmi kepada Istana Perlis, satu perkara yang amat sensitif dalam konteks adat dan tatakelola negeri beraja.

Selain itu, sumber-sumber dalaman turut menyebut bahawa Shukri beberapa kali menerima teguran berhubung tingkah laku anak lelakinya yang didakwa gagal menjaga imej dan wibawa seorang Menteri Besar. Lebih membimbangkan, terdapat khabar angin yang menyatakan anak beliau dikaitkan dengan penggunaan aset kerajaan negeri termasuk kenderaan rasmi, walaupun dakwaan ini belum pernah dijelaskan secara terbuka atau disangkal secara tuntas oleh pihak berkaitan.

Gabungan isu-isu inilah yang didakwa telah menimbulkan keraguan serius dalam kalangan beberapa ADUN PAS sendiri. Mereka dipercayai berpendirian bahawa kedudukan Shukri sebagai Menteri Besar bukan lagi boleh dipertahankan tanpa menjejaskan hubungan parti dengan Istana serta keyakinan rakyat terhadap pentadbiran negeri. Dalam kerangka ini, persetujuan sebahagian ADUN PAS bahawa Shukri perlu diganti dilihat sebagai langkah “menyelamatkan keadaan” sebelum krisis menjadi lebih parah.

Namun, persoalan yang lebih besar ialah mengapa hanya tiga ADUN PAS yang tampil menunjukkan ketidakpercayaan secara jelas, manakala ADUN PAS yang lain kekal berdiam diri. Sikap ini menimbulkan persepsi bahawa wujud usaha untuk “menutup bangkai” demi menjaga imej parti, walaupun masalah sebenar di peringkat kepimpinan negeri semakin sukar disorok.

Krisis kepercayaan terhadap Mohd Shukri Ramli bukan sekadar soal politik dalaman PAS tetapi menyentuh isu lebih asas berkaitan integriti pentadbiran, hubungan dengan Istana dan kebertanggungjawaban seorang Menteri Besar. Selagi persoalan-persoalan ini tidak dijawab secara telus, selagi itulah persepsi bahawa “ada sesuatu yang disembunyikan” akan terus menghantui politik Perlis.

Tentera siber walaun sedang membina naratif kononnya ada kerabat dari Istana Perlis yang ‘gilakan’ projek. Satu helah untuk menutup atau mengalihkan isu?

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)