![]() |
| sedang tular di media sosial |
Pergerakan politik parti-parti yang mewakili masyarakat India memasuki fasa paling kritikal menjelang Pilihan Raya Umum ke-16.
Di tengah perubahan landskap politik nasional, MIC kini berada di persimpangan besar iaitu dengan menilai hala tuju sama ada kekal bersama Barisan Nasional atau membuka lembaran baharu bersama PAS.
MIC dikatakan agak lewat menghampiri PAS, namun parti itu masih belum memuktamadkan keputusan sama ada ingin meninggalkan BN.
Di sebalik kelewatan itu, MIC percaya mereka memiliki nilai tambah yang tersendiri dengan rekod yang lebih tersusun, berpengalaman dan mempunyai rekod panjang sebagai parti paling lama berkhidmat untuk masyarakat India.
Dengan PRU16 semakin hampir, MIC perlu menetapkan kedudukan strategik bagi memastikan peluang mendapatkan sekurang-kurangnya 10 kerusi Parlimen berdasarkan prorata demografi pengundi India. Kedudukan ini penting bukan sahaja untuk kelangsungan parti tetapi juga sebagai wakil politik yang masih relevan untuk masyarakat India.
MIC dikhabarkan amat yakin bahawa PAS akan menawarkan laluan kerusi di kawasan majoriti Melayu-Islam iaitu mirip formula yang pernah memberi mereka ruang dalam Barisan Nasional dahulu.
Keyakinan ini berasaskan hubungan pragmatik yang pernah wujud antara parti-parti berteraskan Islam dan MIC dalam konteks pembahagian kerusi secara konsensus. Tambahan pula ramai ahli di dalam Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) adalah ahli MIC dan DHPP itu sendiri bukan sebuah parti politik.
Namun menurut penganalisis politik tempatan beranggapan perjalanan MIC tidak semudah itu. Mereka kini berdepan saingan dari pelbagai kumpulan yang turut menuntut pengaruh dalam segmen pengundi India dari PAS iaitu Parti baharu Ramasamy dan Kumpulan pro-Hindraf pimpinan Waytha Moorthy.
Sumber dalaman juga menyebut bahawa peluang MIC lebih cerah kerana kedua-dua blok ini sukar diterima pengundi India disebabkan rekod keterlibatan mereka pernah bersama DAP dan Hindraf yang sering dilihat kontroversial serta dikaitkan dengan sentimen anti-Islam. Realiti ini memberikan MIC sedikit kelebihan moral.
Pertembungan antara MIC, Kumpulan Ramasamy dan kumpulan pro-Hindraf kini bergerak ke satu tahap yang lebih mencabar. PAS pula berdepan keperluan memilih rakan yang mampu menyumbang undi, bukan sekadar memenuhi simbolik kepelbagaian.
Dalam perebutan legitimasi politik masyarakat India, MIC perlu membuktikan bahawa mereka bukan sekadar parti lama tetapi parti yang masih relevan, stabil dan mampu membawa kembali kekuatan undi India kepada mana-mana gabungan yang mereka sertai.
PAS pula dalam fasa menerima 'kifarah' dan sedang menjilat balik apa yang mereka ludah kepada UMNO BN, "Undi BN dapat DAP", kini "Undi PAS dapat MIC, Ramasamy, Waytha Moorthy".
Antara kenyataan Waytha Moorthy yag dianggap kontroversi malahan memburukkan Malaysia di luar negara jelas sekali mengguris hati orang Melayu Islam.
“tiada kebebasan beragama di Malaysia”
“tiada kebebasan beragama di Malaysia”
“banyak orang India (Hindu) dipaksa tukar agama… jika mahu biasiswa atau jawatan kerajaan”
“anak anak Melayu Islam mendapat 90% tempat di universiti tempatan”
“berbilion RM dibelanjakan tiap tahun untuk menaik taraf ekonomi bangsa Melayu”
Itu belum termasuk kecaman yang beliau terima ketika memegang jawatan Menjadi menteri Di Jabatan Menteri , tatusan ribu umat Melayu Islam berhimpun di Kuala Lumpur menentang Ratifikasi ICERD yang jelas akan menghakis keistimewaan orang Melayu, Raja Raja Melayu dan Agama Islam sebagai Agama Persekutuan. Malahan PAS antara yang mengecam peranan P.Waytha Moorthy dalam isu ICERD.
P.Ramasamy sebagai Presiden Urimai pula yang dilabel sebagai seorang yang racist mengecam penjawat awam Melayu terlalu ramai menyebabkan perkhidmatan awam lemah dan tepu .Begitu juga sikap konfrantasi beliau terhadap Zakir Naik pendakwah Islam mengundang kemarahan umat Melayu Islam.
Apa yang PAS cuba perjuangkan sebenarnya?
