Kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin masih segar diingatan ahli dan rakyat Malaysia bahawa keputusan politik tertingginya bergantung kepada pesanan isterinya pernah menjadi bahan perbualan hangat pada hujung 2023.
Ketika itu, beliau mengejutkan BERSATU dengan mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatan presiden namun menarik balik keputusan itu sehari kemudian selepas mendakwa isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, meminta beliau kekal “satu penggal lagi”.
Ungkapan bahawa “kuasa paling besar bukan perhimpunan agung, tetapi isteri saya” turut mengundang sindiran dan keraguan terhadap ketegasan kepimpinannya.
“This annual general assembly was not the real force that decided things for me. It is actually my wife.

“She told me over text that I have to stay for another term because the party still needs me. ‘Bersatu is still weak,’ she said, ‘and it still needs you to lead. Don't disappoint them’.
“I responded by saying ‘Okay, my darling’ to her.

Hari ini, episod lama itu kembali menghantui BERSATU apabila 14 bahagian parti di Perak secara terbuka mendesak agar Muhyiddin berundur. Desakan ini bukan lagi bisikan belakang tabir tetapi suara lantang yang menunjukkan akar umbi semakin hilang keyakinan terhadap keupayaan Muhyiddin membawa parti mendepani PRU16.
Ketua BERSATU Bahagian Pasir Salak, Datuk Zainol Fadzi Paharudin yang juga bekas Setiausaha BERSATU Perak menegaskan bahawa presiden parti perlu berjiwa besar menerima hakikat semasa.
Beliau mengingatkan bahawa usia Muhyiddin yang mencecah 78 tahun, ditambah beban pertuduhan mahkamah yang belum selesai, menjadikan sosok presiden itu sendiri satu liabiliti politik kepada BERSATU dan PN. Situasi ini, menurut Zainol, bakal membawa kesan buruk dalam setiap kerusi yang akan ditandingi pada PRU akan datang.
Lebih membimbangkan, isu peribadi keluarga Muhyiddin turut menular menjadi bahan sindiran nasional. Insiden perbahasan di Dewan Rakyat baru-baru ini mengenai “kehilangan” anak menantu beliau dijadikan contoh bagaimana imej presiden parti telah menjadi modal politik pihak lawan. “Apa sebenarnya yang kami perlu pertahankan?” soal Zainol dalam nada kecewa, menggambarkan keresahan akar umbi yang semakin sukar mempertahankan kepimpinan sedia ada di pentas rakyat.
Zainol memberi peringatan keras bahawa BERSATU tidak harus mengulangi nasib UMNO ketika dipimpin Najib Razak sebuah parti yang runtuh kerana dibebani isu peribadi ketua. “Kami tidak mahu melihat Tan Sri Muhyiddin menjadi Najib Razak versi BERSATU,” tegasnya, merujuk bagaimana keengganan melepaskan jawatan akhirnya memusnahkan peluang UMNO pada siri pilihan raya lalu.
Sidang media itu melibatkan pimpinan 14 bahagian BERSATU Perak, merangkumi Tanjung Malim, Pasir Salak, Teluk Intan, Tapah, Kampar, Gopeng, Parit, Beruas, Ipoh Timor, Padang Rengas, Bukit Gantang, Bagan Serai, Larut dan Gerik iaitu satu gugusan kawasan yang cukup besar untuk memberi isyarat bahawa gelombang penolakan terhadap Muhyiddin bukan lagi terpencil.
Di saat kepimpinan tertinggi masih berkira-kira dan menunggu “restu keluarga”, akar umbi pula sudah menghantar mesej jelas bahawa parti tidak boleh lagi dipimpin berdasarkan pertimbangan peribadi. Untuk BERSATU terus relevan, keputusan mesti berpaksikan survival politik, bukan sentimen rumah tangga.
“BERSATU kita Berpecah dan Berkecai” kata penyokong PPBM dari Melaka.