Isu seorang lelaki yang didakwa menonton video lucah di dalam pejabat sebuah masjid di Bukit Baru, Melaka menjadi tular apabila dikatakan beliau adalah orang kuat parti politik? Malahan ada juga sumber mengatakan hampir keseluruhan AJK masjid tersebut adalah dari parti politik yang sama?
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman memaklumkan bahawa perkara itu akan dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Urus Masjid (JKTU) minggu hadapan. Kenyataan ini mengesahkan bahawa isu tersebut bukan remeh dan memerlukan penelitian rasmi serta keputusan berasaskan fakta.
Terdahulu, tular rakaman video berdurasi 1 minit 59 saat yang memaparkan seorang lelaki didakwa setiausaha masjid dan turut dikaitkan dengan sebuah parti politik berada di dalam bilik yang dipercayai pejabat masjid, ketika leka menonton kandungan lucah. Rakaman itu dirakam sekitar jam 9.13 pagi, 27 Disember, menurut perakam yang mendakwa ia dibuat sebagai bukti tanpa suntingan atau penggunaan teknologi AI.
Walaupun individu terbabit menafikan sebarang salah laku, persoalan pokok tidak boleh dielakkan adalah jika benar rakaman itu sahih, apakah justifikasi moral dan etika seseorang memegang jawatan masjid dalam keadaan sedemikian? Masjid bukan sekadar bangunan tapi ia tempat suci, disiplin rohani dan amanah masyarakat.
Reaksi netizen pula bercampur-campur. Ada yang mengecam pendedahan identiti dan aib individu terbabit, namun ramai juga menegaskan bahawa individu yang memegang amanah masyarakat Islam tidak boleh berlindung di sebalik simpati apatah lagi apabila melibatkan institusi agama.
Tambah sumber, bukannya dari parti UMNO.

