Individu Bekas Murtad Sebar Surat Sulit Muhyiddin?

Melaka Digest
By -
0

Isu kebocoran surat Presiden BERSATU kepada Presiden-Presiden parti komponen Perikatan Nasional (PN) kini membuka satu babak yang lebih memalukan daripada kandungan surat itu sendiri.


Menurut Ketua Penerangan BERSATU Pusat, Tun Faisal, surat berkenaan adalah sulit, sahih dan bukan disebarkan melalui mana-mana platform rasmi parti. Persoalannya kini bukan lagi apa isi surat tetapi siapa yang menikam dari belakang.

Tun Faisal mendedahkan bahawa surat tersebut telah disebarkan seawal jam 11.26 pagi, Rabu 28 Januari 2026 oleh seorang individu yang dimaklumkan sebagai bekas murtad.

Pendedahan ini menunjukkan nilai integrity sudah hilang. Malah ada rangkaian dalaman yang membenarkan kebocoran berlaku. Jika benar individu ini bukan sebahagian daripada struktur rasmi maka daripada siapa surat sulit itu diperolehi?

Lebih menggelikan, surat yang sepatutnya berada dalam lingkaran tertutup kepimpinan tertinggi PN tiba-tiba muncul dalam kumpulan WhatsApp misteri.

Siapa yang mencipta kumpulan itu? Siapa ahli-ahlinya? Dan atas kapasiti apa surat sulit kepimpinan tertinggi boleh beredar bebas seperti risalah kempen?

Jika ini tahap keselamatan maklumat PN jangan salahkan pihak luar kerana masalahnya jelas datang dari dalam rumah sendiri.

Lebih memalukan, kebocoran ini berlaku ketika PN sedang bergelut dengan isu kepimpinan dan penstrukturan kuasa. Maka adakah ini sabotaj dalaman atau persediaan awal untuk naratif tertentu?

Menurut pandangan pemerhati politik tempatan, BERSATU boleh tamatkan kemelut yang memalukan Presiden mereka dengan menarik diri dari Perikatan Nasional.
 



 
Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)