Kolaborasi Agung Bukan Soal Kerusi, Tapi Soal Penyatuan Umat

Melaka Digest
By -
0



Apabila Ketua Penerangan PAS dengan penuh yakin membentangkan senarai kerusi Parlimen yang kononnya “mudah dimenangi” UMNO jika menyertai Perikatan Nasional maka terserlah bahawa PAS hanya nampak tentang kuasa. Paling tidak masuk akal adalah PAS sendiri mula tamak kuasa.


Bagi PAS, Kolaborasi Agung bermaksud bukan soal penyatuan umat tetapi soal matematik kuasa dan pembahagian kerusi.

Seluruh hujah yang dikemukakan berlegar pada angka dengan Cadangan siapa tempat kedua, siapa patut bertanding, kerusi mana boleh “ditambah” dan berapa banyak boleh “dimenangi”.

Tiada satu pun perbincangan menyentuh penyatuan umat secara hakiki, agenda bersama Melayu-Islam apatah lagi penyelesaian masalah rakyat. Yang ada hanyalah simulasi pilihan raya ala papan putih, seolah-olah rakyat hanyalah nombor yang boleh dicampur-tolak sesuka hati.

Itulah sikap dan kedudukan pemikiran pemimpin PAS selama ini bila mereka mendapat kuasa. Mereka akan buat apa sahaja demi mengekalkan apa yang ada di tangan mereka termasuk menunggang?
Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)