Kuatnya PAS Berdendam Dengan MB Perlis

Melaka Digest
By -
0

Kenyataan Ketua Penerangan PAS Malaysia yang menegur secara terbuka Menteri Besar Perlis bukan sekadar nasihat politik sebaliknya mencerminkan satu sikap yang semakin jelas iaitu PAS sedang berdendam dan dendam tersebut belum seperti bakal dilunaskan tidak lama lagi?


Apabila Ketua Penerangan PAS menegaskan agar MB Perlis “jaga negeri baik-baik” dan tidak mencampuri urusan parti lain, mesej sebenar yang cuba disampaikan bukan soal tatakelola tetapi amaran politik. Nada keras itu hadir bukan kerana MB gagal mentadbir tetapi kerana PAS masih belum mampu menerima hakikat kehilangan kuasa yang mereka anggap milik mutlak.

Hakikatnya, tiga bekas ADUN PAS Perlis digugurkan keahlian atas alasan disiplin parti. Itu keputusan dalaman PAS. Namun apabila MB Perlis cuba mencari jalan pentadbiran supaya rakyat di tiga DUN tidak terabai, PAS menafsirkannya sebagai campur tangan, pengkhianatan dan ancaman. Di sinilah wajah sebenar politik dendam mula terserlah.

Lebih sinis, Ketua Penerangan PAS mengingatkan MB agar tidak menjadi “MB paling singkat dalam sejarah”. Kenyataan ini tidak lagi berselindung sebaliknya berbau ugutan politik. Jika ini bukan dendam, maka apakah namanya?

Ketua Penerangan yang juga ahli parlimen Pasir Mas juga mengheret kembali bagaimana MB Perli yang baharu ini pernah mengistihar perang terhadap bekas MB Pas yang dahulu apabila beliau tidak dilantik sebagai EXCO.

Berlainan dengan PAS ketika ini sedangkan enam ADUN PAS boleh “isytihar perang” jika mahu.

“ADUN PAS bukan macam MB dan parti kami bukan macam parti MB”. Angkuh bunyinya, jauh dari apa yang diajar oleh Islam.
 


 
Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)