MB Bersatu Perlis Tidak Diterima Sebagai Anggota SG4?

Melaka Digest
By -
0

Tersebar satu naratif yang cukup menarik dengan bersumberkan dari lingkaran dalaman bahawa Perlis kononnya “terkeluar” daripada kelompok ‘negeri SG4’ hanya kerana Menteri Besarnya bukan daripada PAS sebaliknya dari PPBM.

Menurut sumber dalaman juga berlaku ketegangan antara Perikatan Nasional Perlis apabila penyokong Bersatu mengatakan SG4 tidak pernah didefinisikan sebagai gabungan negeri yang ditadbir oleh PAS semata-mata. Sejak awal, konsep “negeri SG4” merujuk kepada kerjasama empat kerajaan negeri yang berada dalam blok politik yang sama, berkongsi keserasian pentadbiran dan kepentingan strategik dan bukan sumpah setia kepada satu parti atau satu tokoh.

Jika benar SG4 ditentukan oleh warna parti semata-mata, maka ia bukan lagi kerjasama strategik tetapi kelab eksklusif politik dan jika setiap perubahan kepimpinan negeri dianggap konspirasi maka yang lemah bukan kerajaan itu tetapi keyakinan terhadap keupayaan sendiri.

Sudah hampir sebulan jawatan Pengerusi Perikatan Nasional belum diisi dan semuanya kerana PPBM dikatakan menjatuhkan PAS di Perlis.
Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)