MB Perlis, Abu Bakar turut memberi isyarat bahawa sekiranya tiada penyelesaian dicapai, kerajaan negeri bersedia menubuhkan Pusat Khidmat Menteri Besar di kawasan-kawasan DUN terbabit bagi memastikan kebajikan rakyat tidak terjejas. Langkah ini secara tidak langsung mengakui wujudnya kekosongan fungsi wakil rakyat yang nyata dirasai di peringkat akar umbi.
Situasi ini memperlihatkan pertembungan dua realiti politik iaitu PAS kekal berpegang pada prinsip dan disiplin parti tanpa kompromi, manakala kerajaan negeri memilih pendekatan pentadbiran bagi meredakan tekanan rakyat. Namun menurut pemerhati politik Perlis, bolehkah krisis politik diselesaikan dengan formula pentadbiran semata-mata, sedangkan puncanya adalah pengkhianatan politik?
Apa pun pendekatannya, satu perkara jelas adalah kekosongan tiga DUN Perlis bukan isu kecil. Ia adalah ujian terhadap kestabilan kerajaan negeri, kekuatan gabungan Perikatan Nasional dan keupayaan semua pihak membezakan antara menjaga rakyat dan menghalalkan pelanggaran prinsip. Politik mungkin mencari jalan mudah tetapi sejarah sering menghakimi mereka yang mengorbankan prinsip demi penyelesaian sementara.
Menurut penganalisis politik tempatan, PAS nampak tidak islamaik kerana menutup pintu seolah tiada maaf kepada 3 ADUN mereka yang tidak lagi menyokong Menteri Besar dari PAS sebelum ini.
