![]() |
| Kelihatan dalam gambar ahli-ahli Exco kerajaan negeri. YB Dr Azman Ibrahim (anak panah) pula agak terlindung kerana berada bersebelahan YB Razali Idris |
Di saat rakyat Terengganu terus berdepan tekanan kos sara hidup, kepimpinan EXCO PAS negeri memilih untuk bermesyuarat di hotel-hotel mewah di Kuala Lumpur. Minggu lalu, Mesyuarat EXCO dilaporkan berlangsung di Hotel Hilton KL dan minggu ini pula Hotel Perdana KL di kawasan premium Jalan Binjai berhampiran KLCC menjadi pilihan. Persoalan yang timbul bukan kecil, atas dasar apa wang rakyat dibelanjakan untuk kemewahan sedemikian?
Sumber GTD memaklumkan, mesyuarat yang diadakan itu kononnya membincangkan usaha menaikkan taraf hidup rakyat Terengganu? Namun ironinya, perbincangan tentang kebajikan rakyat dibuat jauh dari negeri sendiri, di bilik-bilik eksklusif ibu negara. Bukan di Wisma Darul Iman, bukan di Kuala Terengganu tetapi di hotel lima bintang yang sinonim dengan kos tinggi dan gaya hidup elit.
Hotel Hilton Kuala Lumpur bukan calang-calang. Ia antara hotel paling mewah di ibu negara dengan kos bilik tertentu dilaporkan boleh mencecah sehingga RM7,500 semalaman. Hotel ini dimiliki oleh syarikat Jepun, Daito, adakah kekuatan ekonomi Terengganu kini diukur melalui kemampuan membayar hotel antarabangsa sedangkan rakyat diminta berjimat?
Lebih mengundang persoalan, pemilihan Suite Tingkat 7 Hotel Hilton sebagai lokasi mesyuarat pertama EXCO tahun ini dipuji kerana berhampiran KL Sentral dan membolehkan pimpinan “meninjau perkembangan KL dari atas”. Rakyat Terengganu pula hanya mampu meninjau dari bawah terutama kenaikan harga barang, peluang ekonomi yang terhad dan jawapan yang semakin kabur.
Gambar yang tular memperlihatkan barisan EXCO kelihatan ceria dalam suasana eksklusif, termasuk EXCO Pertanian YB Dr Azman Ibrahim. Wajah-wajah tersenyum di tengah kemewahan ini menguatkan persepsi bahawa langkah tersebut bukan keperluan mendesak tetapi satu pilihan yang menuntut penjelasan terbuka kepada rakyat.
Ada yang cuba mempertahankan dengan hujah “menyegarkan minda dan mencambahkan idea”. Namun sejak bila idea untuk membangunkan Terengganu hanya boleh lahir di hotel mewah Kuala Lumpur? Jika benar berteraskan kepentingan rakyat, bermesyuarat di negeri sendiri bukan sahaja lebih berhemah malah menyuntik ekonomi tempatan dan mengurangkan kos yang tidak perlu.
Rakyat berhak mengetahui jumlah sebenar perbelanjaan penginapan, sewaan bilik mesyuarat, logistik dan elaun serta justifikasi rasmi pemilihan lokasi luar negeri secara berulang. Setiap sen yang dibelanjakan bukan milik parti, bukan milik individu tapi ia adalah duit rakyat Terengganu.