“Ulamak” Yang Menyesatkan
Akhirnya Orang No. 1, Mursyidul Am Pas (dalam dunia korporat disebut Pengerusi), AlFadhil Ustaz Hashim Jasin sendiri pun dah mula kenal perangai sebenar Haji Abdul Hadi Awang yg selama ini mengetuai badan eksekutif parti itu.
Kalau 2013 dulu, mantan Naib Presiden Pas, Dr Sanusi Daing Mariok sendiri dah ingatkan kita.,
"Kalau antum tak segera turunkan Ustaz Hadi itu daripada (jawatan) Presiden Pas (dalam Muktanar 2013), yakin lah satu hari nanti dia akan jadi macam Ayatullah Iran, dan akan bawa #pas jadi macam Syiah yg mana semua benda dibuat ikut kepala ketua, Ayatullah Ruhullah, tanpa lagi wujud syura atau hisbah dalam party.. "
Sambung Pak Daeng,
"Ana berani cakap macam ni kat antum, sebab ana mengkaji aqidah Syiah, bahkan thesis ana pun berkaitan aqidah Syiah. Masa dulu orang tak kenali Syiah pun, tapi ana dah mula mengkaji perangai Syiah itu.. "
Hari ni depan mata kita ia menjadi kenyataan. Jelmaan "wilayah faqeh" (kepimpinan ulamak) bawaan Syiah itu dah subur dalam Pas.
Asal "ulamak" cakap, asal "Tok Guru" cakap, walau dosa dan khianat, walau bohong tara mana pun, wajib sokong. Sebab dia tu ulamak.!
Dah tak ada siapa lagi yg berani menegur atau membetulkan segala perangai veto si kepala parti itu.
Macam itulah pernah Din Tantawi naqalkan dalam maksud sajak 2014 dulu berkaitan Hj Hadi Awang itu..
"..Walau ana ada perkara yg nak tegur atau nak cadangkan sesuatu pada Tok Guru dalam mesyuarat, ana tak akan cakap perkara itu, sebab ana takut apa yg ana cakap itu mengguris hati Tok Guru kalau Tok Guru tak setuju dengan ana.."
Dalam Surah Ahzab : 67,
Benarlah Allah sebut,
وَقَالُوا رَبَّنَا إِنَّا أَطَعْنَا سَادَتَنَا وَكُبَرَاءَنَا فَأَضَلُّونَا السَّبِيلَا
Dan mereka berkata:
"Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mentaati pemimpin-pemimpin dan pembesar-pembesar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan (yang benar)".
Demikianlah...
CULT in the making.!
(Kultus dalam pembikinan.!)
Sumber: Ahmad Sayuti Bashiron

