Pemuda PAS Marang: Muhyiddin Nak Apa Sebenarnya

Melaka Digest
By -
0
 
Tan Sri Mahu Apa Sebenarnya?

Mula-mula, beliau umum letak jawatan sebagai Pengerusi PN.
PAS beri reaksi matang, "kami terima peletakan jawatan itu, dan tiba masanya PAS mengambil peranan memimpin PN".

Kemudian, beliau sendiri menyatakan tiada masalah jika PAS menerajui PN.
PAS jawab secara terbuka, "baik, kami bersedia memimpin dan memperkukuh PN".

Selepas itu, tiba-tiba muncul pula kenyataan baharu, Pengerusi PN mesti Presiden parti, katanya.

PAS jelaskan dengan fakta, "perkara itu tidak pernah termaktub dalam Perlembagaan PN".

Belum reda, muncul satu lagi dakwaan, jawatan Pengerusi PN kononnya perlu dimansuhkan kerana Bersatu dan PAS sudah bersetuju, malah dikatakan telah dibincangkan pada 16 Januari bersama Presiden PAS, Timbalan Presiden PAS dan Setiausaha Agung PAS.

Namun tidak lama selepas itu, YB Dato’ Sri Ustaz Tuan Ibrahim sendiri menegaskan,
"dakwaan itu tidak benar, tiada sebarang perbincangan seperti yang didakwa".

Jadi persoalannya,

Apa sebenarnya yang mahu dicapai?

Adakah peletakan jawatan itu satu keputusan berprinsip, atau sekadar langkah simbolik?

Adakah ia usaha untuk dipujuk agar kekal dan apabila tiada siapa melayan, naratif diubah dengan cadangan mansuh jawatan pula?
 

 
Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)