Menantu Presiden PAS, Zaharudin Muhammad, tampil yakin menyatakan bahawa Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man adalah calon paling sesuai untuk diangkat sebagai Pengerusi PN. Alasannya, ranking parti, pengalaman kabinet dan paling penting adalah status sebagai ulama yang faqih.
“Beliau adalah ulama. Walaupun ia datang nombor tiga tetapi syarat ketiga ini paling utama, iaitu mesti ulama atau lebih tepat mesti faqih kerana syarat ini hukum yang sebut secara ijmak mazhab.”
Katanya keputusan yang dibuat mempunyai kaitan dengan hukum isytirak siyasi (perkongsian politik) dalam Islam.
Dia bagaimanapun mengakui bahawa perkara itu terpulang kepada keputusan Majlis Tertinggi (MT) PN.
Tuan Ibrahim sendiri memilih nada selamat. Katanya, PAS belum memutuskan calon. Ahmad Samsuri bukan calon. Tiada nama dihantar. Semua masih terbuka tetapi di luar bilik mesyuarat, nama sudah beredar, ada yang berkempen, ada yang sedang melobi dan poster boy sudah diperkenalkan secara tidak rasmi.
Anggota MPT Bersatu, Rahim Thamby Chik mendakwa PAS mencalonkan Samsuri sebelum memadam sendiri butiran tersebut.
Muhyiddin Yassin pula menegaskan beliau belum menerima sebarang nama daripada PAS.
Terkini, Muhyiddin tidak dijemput untuk hadir ke mesyuarat MKT PN esok.
Semuanya celaru, haru biru
