Golongan Liberal Mula Membina Naratif Had Kuasa Mursyidul Am?

Melaka Digest
By -
0

Sejarah hitam dalam PAS dilihat mula berulang, kali ini dengan wajah yang lebih licik dan naratif yang lebih “berintelektual”.


Menurut pemerhati politik tempatan, wujud gerakan tersusun oleh kelompok yang sering dilabel sebagai liberal berwajah alim yang kini mula membina naratif bahawa kuasa Mursyidul Am bukannya tertakluk kepada individu seorang sahaja.

Hakikatnya, langkah ini dilihat sebagai percubaan lama yang diberi nafas baharu untuk merampas pengaruh sebenar dalam PAS.

Krisis kejatuhan kerajaan PAS di Perlis menjadi bukti nyata bahawa elemen penunggang parti masih wujud dan aktif. Di sebalik slogan perjuangan Islam, muncul kelompok pimpinan yang didakwa lebih cenderung kepada gaya hidup elit, kenderaan mewah, rumah besar, penampilan kosmopolitan dan jauh daripada imej kesederhanaan yang selama ini menjadi roh perjuangan PAS. Mereka bukan sahaja berbeza dari segi gaya, malah semakin berani mencabar autoriti tradisi kepimpinan ulama.

Apa yang berlaku di Perlis bukan episod terpencil. Krisis tersebut merebak menjadi gelombang yang akhirnya menyumbang kepada pengunduran Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi Perikatan Nasional. Dalam kekosongan inilah, kumpulan yang sama dilihat mula menyusun langkah, meletak calon “pilihan mereka” untuk mengisi jawatan Pengerusi PN seterusnya dijadikan poster boy dan calon Perdana Menteri ke-11 menjelang PRU akan datang. Ini bukan kebetulan tetapi strategi jangka panjang yang licik.

Jawatan Pengerusi PN dilihat sebagai pintu masuk paling strategik, dengan menguasai PN, mereka berpotensi menekan PAS dari luar, sementara dari dalam pula, kedudukan Presiden parti sudah sedia ada dalam genggaman. Apabila dua paksi ini bertemu, PAS berisiko dikuasai sepenuhnya oleh kelompok yang tidak pernah benar-benar selesa dengan kepimpinan ulama dan peranan Mursyidul Am sebagai penjaga dasar serta ‘akidah perjuangan’.

Naratif “kuasa Mursyidul Am” bukan sekadar wacana akademik atau pembaharuan struktur. Ia adalah isyarat awal kepada cubaan menghakis autoriti ulama secara perlahan, berlapik dan kelihatan rasional di mata ahli dan penyokong mereka yang taksub. Jika dibiarkan, ia bakal membuka ruang kepada PAS versi baharu dengan azam yang selama ini dipendam.

Tragedi Mat Sabu dan kumpulannya keluar dari PAS dengan menubuhkan parti PAN adalah hasil pertembungan rasmi di gelanggang merebut jawatan. Kumpulan Mat Sabu kalah, kumpulan lebai menang.

Lihat saja Takiyuddin memberi penjelasan bagaimana kedudukan Mursyidul AM dengan ‘permainan angka kuasa’. Ini dikatakan berikutan kenyataan Mursyidul AM PAS, Hashim Jasin tentang kedudukan 3 ADUN PAS di Perlis yang terhenti keahliannya. BACA di SINI.
 
 
Taki lupa, wakil-wakil yang ada di dalam majlis syura ulama itu semuanya lebai dan bukannya kaki tak pakai kopiah.
Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)