Perikatan Nasional kini memasuki fasa paling genting sejak penubuhannya. Bukan sahaja soal kalah pilihan raya tetapi krisis kepimpinan dalaman yang semakin terbuka dan kejelekan membuat keputusan yang tidak konsisten yang memeningkan ahli sendiri.
Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin mengesahkan beliau tidak menerima sebarang notis atau jemputan untuk menghadiri mesyuarat PN yang dijadualkan pada 29 Januari ini, mesyuarat yang akhirnya dibatalkan. Pembatalan itu bukan isu teknikal, tetapi kesan kepada retakan besar dalam struktur kuasa PN sendiri.
Lebih memalukan, melalui surat bertarikh 27 Januari, Muhyiddin mendedahkan bahawa Bersatu dan PAS telah bersetuju memansuhkan jawatan Pengerusi PN sepenuhnya sebagai sebahagian daripada penstrukturan semula gabungan pembangkang tersebut. Alasan yang tidak lojik sebenarnya.
Persetujuan itu, menurut beliau, dicapai dalam satu pertemuan tertutup bersama pimpinan tertinggi PAS pada 16 Januari lalu termasuk Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man dan Setiausaha Agung Takiyuddin Hassan.
Struktur baharu yang dicadangkan jelas bahawa Bersatu menerajui Majlis Presiden PN iaitu badan tertinggi penentu dasar dan PAS mengetuai Jawatankuasa Eksekutif iaitu tugasan mengurus pentadbiran dan operasi
Dengan struktur ini, jawatan pengerusi PN dimansuhkan dan sekali gus menamatkan polemik pelantikan pengerusi baharu yang selama ini menjadi punca ketegangan dalaman.
Namun di sinilah konflik sebenar bermula.
Pada 24 Januari, Muhyiddin dimaklumkan bahawa Takiyuddin selaku Timbalan Setiausaha Agung PN telah mengeluarkan jemputan mesyuarat luar biasa Majlis Tertinggi PN dengan agenda utama, melantik pengerusi PN yang baharu. Agenda itu jelas bercanggah dengan persetujuan 16 Januari.
Akibatnya, mesyuarat pada 29 Januari dibatalkan. Bukan kerana tiada isu tetapi kerana terlalu banyak isu yang belum disepakati.
Hakikatnya, langkah memansuhkan jawatan pengerusi PN bukan sekadar penstrukturan. Ia adalah jalan selamat untuk mengelak pertembungan kuasa yang lebih besar khususnya selepas Muhyiddin meletakkan jawatan sebagai pengerusi PN berkuat kuasa 1 Januari lalu susulan krisis politik di Perlis.
Muhyiddin sendiri mengakui pertemuan 16 Januari itu asalnya bertujuan membincangkan pelantikan pengerusi baharu PN, namun akhirnya membawa kepada kesimpulan bahawa jawatan itu sendiri menjadi punca kemelut.
Persoalannya kini jika persetujuan sudah dicapai maka siapa yang cuba menghidupkan semula agenda pelantikan pengerusi?
Siapa yang sebenarnya tidak bersedia melepaskan kuasa?
Mesyuarat ketua-ketua empat parti komponen PN yang dijangka berlangsung di kediaman Muhyiddin bukan sekadar pertemuan biasa. Ia adalah mesyuarat krisis bagi menentukan hala tuju PN sebelum Majlis Tertinggi bersidang untuk mengesahkan peletakan jawatan Muhyiddin dan melantik penggantinya jika jawatan itu masih wujud.
Muhyiddin selamat.